CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TERKINI: MCMC kompaun Era FM RM250,000, lesen tak digantung

12-3-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4162| Komen: 30|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-11 152644.png


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompau RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era FM.

Kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

Denda itu dikeluarkan dengan kelulusan Jabatan Peguam Negara.

MCMC dalam kenyataan hari ini menjelaskan pihaknya juga memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali Era FM, selepas meneliti rayuan syarikat itu terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac.

Menurut MCMC, keputusan itu mengambil kira hujah yang dikemukakan dalam rayuan, tindakan pemulihan yang telah diambil oleh pemegang lesen, serta permohonan maaf rasmi daripada pihak yang terbabit.

Suruhanjaya itu juga mempertimbangkan kesan penggantungan terhadap Melody dan Mix FM, yang beroperasi di bawah lesen yang sama.

MCMC menegaskan komitmennya dalam menangani kandungan dalam talian yang boleh mencetuskan ketegangan agama atau mengganggu keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan semua penyiar dan pengguna dalam talian agar bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama serta mematuhi undang-undang negara.

Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 11-3-2025 03:55 PM
kk mart 60k je... felicia 10k je... tibahhhhhhhh hindu punya isu 250k... tahniah Madanii
Quote krustykrab 11-3-2025 04:02 PM
Bukan ke katanya tarian tu takde kena mengena dgn agama mana2. Mohon asteruk saman balik mcmmcmmcm 10 kali ganda.
Quote aryyan 11-3-2025 04:12 PM
Orix replied at 11-3-2025 03:55 PM
kk mart 60k je... felicia 10k je... tibahhhhhhhh hindu punya isu 250k... tahniah Madanii

saya support.

jgn lupa kes adib tu cmtu ja settlement, diam ja as closure.
Quote ezacbee 11-3-2025 04:16 PM
Ait xde kena mengena pun 250k. Xde isu perkauman pun. Perasan lebih puak2 sana. Astro xkan senyap je.. Lawan laa.. Takottkaa..

Kasi lawan..
Quote KiddInc 11-3-2025 04:23 PM
setel tepi 250k...hahahhaaaa...bnda boleh kompaun buatpe bicara ye dok...
Quote Decaffeinated 11-3-2025 05:32 PM
Orix replied at 11-3-2025 03:55 PM
kk mart 60k je... felicia 10k je... tibahhhhhhhh hindu punya isu 250k... tahniah Madanii

Media ni pengaruhnya besar. It can make or break even a country and with that comes a big responsibility. Jangan samakan dengan mini market. Felicia who?

Quote Decaffeinated 11-3-2025 05:35 PM
krustykrab replied at 11-3-2025 04:02 PM
Bukan ke katanya tarian tu takde kena mengena dgn agama mana2. Mohon asteruk saman balik mcmmcmmcm 1 ...

dalam forum istilahnya 'konar baring'. Boleh dicuba cuma nampak semakin desperate lah.

Quote Orix 11-3-2025 11:07 PM
Decaffeinated replied at 11-3-2025 05:32 PM
Media ni pengaruhnya besar. It can make or break even a country and with that comes a big responsi ...

Media apa ? Mini mart, felicia pun thru sosial media. Tarian azad tu ko ingat on air dekat rancangan astro ke ?
Quote Decaffeinated 11-3-2025 11:17 PM
Orix replied at 11-3-2025 11:07 PM
Media apa ? Mini mart, felicia pun thru sosial media. Tarian azad tu ko ingat on air dekat rancang ...

'...kompau RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era FM'


Kalau aku kena explain ayat di atas ni then I rest my case.




Quote Orix 11-3-2025 11:21 PM
Decaffeinated replied at 11-3-2025 11:17 PM
'...kompau RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di  ...

Era - Tik Tok
Felicia - Fb

Both pun social media.
I rest my case indeed.
Quote A-Are 12-3-2025 08:03 AM
memang era yg patut didenda..obviously org yg jaga bahagian social media xfilter dulu ke isi kandungan...era kot, mesti penjaga social media dia level excutive..macam astro lah, dulu i ols pernah blind date dgn staf astro..kerja nya seharian tgk dulu movie & cut/censored kan mana2 part sebelum tayangkan dekat tv...xkan era xreti nak cut video siap2 or decide boleh post atau tidak..mmg wajar di denda 250k.
Quote tripleid 12-3-2025 10:43 AM
selayaknyalahh Asterokk kena denda..sbb mulut gampang 3eko tu lah tak psl2 isle lak kena hina dgn keling


12032025.jpg




Quote songket_merah 12-3-2025 11:04 AM
A-Are replied at 12-3-2025 08:03 AM
memang era yg patut didenda..obviously org yg jaga bahagian social media xfilter dulu ke isi kandung ...

owh, jenuh lah asyik nak kena tengok drama yang tak kena dengan selera kita
Quote kubong 12-3-2025 11:11 AM
krustykrab replied at 11-3-2025 04:02 PM
Bukan ke katanya tarian tu takde kena mengena dgn agama mana2. Mohon asteruk saman balik mcmmcmmcm 1 ...

untuk saya memang setuju pendapat ni.. sebab diorang tiru tarian Miki Ghazali
Quote asamfish 12-3-2025 11:16 AM
laaaa...kita patut bersyukur...sebab kompaun lebih banyak dari yang lain2....kampeni itu sendiri kepunyaan tokeh yang beragama hindu!  dia la yang bayar, bukannya yang 3 kerat tu...(walaupun 250k tu takat celah gigi asteruk jah...kampeni besar kotttt)
Quote A-Are 12-3-2025 11:18 AM
songket_merah replied at 12-3-2025 03:04 AM
owh, jenuh lah asyik nak kena tengok drama yang tak kena dengan selera kita

kalau xselera jangan tengok terus senang...kadang tu xsempat tgk, dgr tajuk pon xhingin...hihi
Quote songket_merah 12-3-2025 02:08 PM
A-Are replied at 12-3-2025 11:18 AM
kalau xselera jangan tengok terus senang...kadang tu xsempat tgk, dgr tajuk pon xhingin...hihi:lol ...

nape uols tak jadi dengan budak tu? entah sekarang dah jadi senior pengurus besar ape
Quote alesandra 12-3-2025 02:18 PM
akta ni bukan ke digubal di parlimen?jadi pada yg tak puas mcm bodo tu lenkali mengundi bila time mengundi.make sure yb nan hadoo korang jgn ponteng, mengundi atau bahas kat parlimen kalau satu2 akta tu mampu protect korang.benda ni bukan decision  kerajaan semata.
Quote kakikuDibibirmu 12-3-2025 02:21 PM
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut habis pulut

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054946 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top