CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak sempat jawab periksa, pelajar putus jari diserang samseng ketika dalam perjalanan ke sekolah

12-3-2025 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5937| Komen: 0

 


SEORANG pelajar diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolah, sehingga mengakibatkan jarinya terputus.

Menurut polis, dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin itu, bas yang dinaiki mangsa bersama bapanya secara tiba-tiba disekat oleh skumpulan penyerang berkenaan.

Mangsa diheret keluar dari bas dan dicederakan sehingga jari tangan kirinya terputus.

Apa yang lebih menyedihkan, mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya untuk menduduki peperiksaan.

Bapa mangsa turut dijadikan sasaran oleh penyerang berkenaan sehingga mengalami luka pada bahagian kepala. 

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Tirunelveli, Tamil Nadu, India.

Kumpulan penyerang tersebut melarikan diri dari tempat kejadian apabila penumpang lain berkumpul untuk campur tangan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kerajaan Srivaikundam dan kemudian dipindahkan ke Hospital Kerajaan Tirunelveli, di mana pembedahan dijalankan untuk menyambung semula jarinya.


Susulan kejadian tersebut, polis sehingga kini berjaya menahan tiga remaja bagi membantu siasatan. -Agensi

 
SUMBER: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035489 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top