CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki kahwin 8, kikis harta isteri lepas tu cerai!

11-3-2025 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3154| Komen: 3|Original author: Raline


Geli-tipu31-1536x857.jpg


BAGHDAD – Seorang lelaki menipu lapan wanita dengan mengahwini dan menceraikan mangsa dalam tempoh masa singkat sebelum melarikan diri bersama harta benda mereka, lapor laman berita Gulf News semalam.

Menurut sebilangan mangsa yang bercakap kepada media, beberapa perkahwinan tersebut bertahan beberapa bulan, manakala yang lain melibatkan tempoh beberapa minggu sahaja.

Tiga daripada isteri itu adalah dari Baghdad, manakala lima yang lain tinggal di wilayah  berbeza di Iraq

Isteri kelapan yang menjadi mangsa penipu itu memberitahu stesen Televisyen Al Sharqiya bahawa bekas suaminya mendakwa dia bekerja menjual kereta mewah.

Dia menyewa kenderaan mewah dan berjaya meyakinkan mangsanya tentang kekayaannya.

Wanita itu berkata, dia telah menjual keretanya serta mengeluarkan wang simpanan berjumlah  25 juta dinar (RM84,000) dan  90 juta dinar (RM303,000) sebelum menyerahkannya kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu berkata, dia berhasrat membeli sebidang tanah untuk mereka berdua.

Bagaimanapun, hanya dua hari selepas menyerahkan wang, mangsa terkejut menerima surat cerai tanpa sebarang penjelasan.

Wanita yang menjadi mangsa penipuan itu kemudian memutuskan untuk membuat kumpulan WhatsApp untuk berkongsi maklumat tentang lelaki tersebut dan mencari jalan penyelesaian.

Bilangan wanita yang menyertai kumpulan WhatsApp itu meningkat kepada lapan orang. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-3-2025 06:38 PM
Sian kp pompuan.. yg untung jntn tu jugak..
Quote Andyscenes 12-3-2025 12:46 PM
nasib baiklah malaysia ni kena lafaz depan hakim, klu mcm ni, mmg naya
Quote A-Are 12-3-2025 01:04 PM
kaya kaya jugak perempuan dekat Iraq..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049168 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top