CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sehari dapat lebih RM30, imbas kod QR penderma media sosial

11-3-2025 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3059| Komen: 3|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-03-11-at-11.31.32-AM.jpeg


PETALING JAYA – Trend mengimbas kod QR atau (money packet) bagi menerima sumbangan kewangan semakin mendapat perhatian di media sosial, dengan beberapa individu mendakwa memperoleh lebih RM30 sehari hasil derma orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Fenomena ini berlaku apabila ramai penderma di media sosial memaparkan kod QR akaun e-dompet Touch n’ Go mereka dalam hantaran di platform seperti Facebook, TikTok, dan Instagram.

Semakan Kosmo! mendapati, dua waktu utama yang kebanyakan muncul kod QR tersebut adalah selepas solat subuh serta satu jam sebelum berbuka.

“Sehari lebih RM30 saya dapat. Ramai yang pemurah dekat media sosialnya ni. Ada juga setiap kali bila ada pengguna berkongsi rezeki dengan cara muat naik kod QR, tak sampai 30 saat dah ‘fully claimed’. Ini dinamakan duit raya sebelum raya,” kata Syafiq.

“Rezeki subuh, nampak ada seorang influencer (pempengaruh) ini share kod QR Touch n’ Go. Bila scan (imbas) dapat RM10. Terima kasih si penderma, moga murah rezeki,” kata Aiman.⁠

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 11-3-2025 09:07 PM
orang Malaysia memang jenis memberi lebih baik daripada menerima

tapi yang menerima ni pun, jangan la sampai jadi pengemis digital

nanti dekat raya lagi ramai pakat share QR code kat media social la, kat whatsapp la, mintak duit raya online
Quote babynina30 12-3-2025 12:22 AM
Kt thread, i tak paham yg memberi. Pastu ada yg claimed. Tapi pensedekah bising pulak ?
Quote Andyscenes 12-3-2025 12:45 PM
aku sebagai staff tng pun tak tau nk ckp apa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.120355 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top