CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpukau dengar azan, dua ‘influencer’ AS henti siaran langsung

11-3-2025 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2825| Komen: 4|Original author: Raline


azan-tular-1536x864.jpeg


PETALING JAYA – Dua pempengaruh terkenal dari Amerika Syarikat yang mengendalikan rancangan audio siar atau podcast mencuri perhatian ramai selepas menghentikan siaran langsung sejurus mendengar azan di Abu Dhabi.

Menerusi klip yang tular di media sosial, kedua-duanya dilihat diam seketika setelah terpukau dengan alunan azan yang disifatkan sangat indah.

“Saya rasa sangat tidak sopan kalau bercakap ketika ini. Saya rasa kita perlu momen untuk betul-betul diam,” kata salah seorang daripada mereka dalam video tersebut.

Tindakan mereka yang menunjukkan rasa hormat terhadap laungan azan mendapat pujian daripada netizen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial kagum dengan reaksi dua pempengaruh berkenaan.

“Orang bukan Islam pun tahu hormat azan..patut ‘silence’ (diam).. yang lahir-lahir Islam ni? hmm tengah azan pun dok sakan ‘live’ lagi..tak hormat pun,” luah @Kak_boongaa.

“Bagusnya..Siap nak cari tahu lagi azan tu apa…Semoga diberi hidayah,” komen @Havert54.

“Depa (mereka) pun tahu hormat dan tahu tak okey rasanya nak bersembang,” balas @Pyandilla77.



Hantaran tersebut terus mendapat perhatian meluas dengan menerima 41,300 tanda suka, 143 komen dan 2,338 perkongsian.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 12-3-2025 07:33 AM
Alhamdulillah
Quote Dwdrum 12-3-2025 08:09 AM
UAE nampak saja liberal... But liberal cara ereb... Small mistakes boleh masuk prison strict rules...
Quote Decaffeinated 12-3-2025 08:15 AM
Dwdrum replied at 12-3-2025 08:09 AM
UAE nampak saja liberal... But liberal cara ereb... Small mistakes boleh masuk prison strict rules.. ...

Seperti juga Malaysia, occasional visitors selalu ingat negara ini sangat liberal dan tolerant. Stay lama sikit and try scratch the glossy layer sikit je you'll see the true colour.
Quote seri_mawr 12-3-2025 10:21 AM
dia buat live dr ABu Dhabi kan..? tp kenapa awal dia PETALING JAYA dulu...
ke guana cara tulis berita..?
dari tempat berita tu ditulis kah.? atau dari tempat kejadian itu berlaku..?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.030778 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top