CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Vietnam ditahan guna kondo bedah hidung, mata serendah RM1,000

11-3-2025 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2722| Komen: 12|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-03-11-at-12.14.13-PM.jpeg


KUALA LUMPUR – Menawarkan perkhidmatan pembedahan kosmetik pada harga antara RM1,000 hingga RM15,000 bagi mencantikkan bahagian hidung, kelopak mata dan menegangkan muka.

Itu antara kegiatan yang dilakukan doktor lelaki dari Vietnam yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan sijil sekali gus beroperasi secara haram di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil.

Perkhidmatan itu difahamkan dipromosikan di aplikasi TikTok oleh ejen klinik terbabit bagi mendapatkan pelanggan yang terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya menahan sembilan warga asing dalam dua serbuan berasingan semalam.

Katanya, dalam serbuan pukul 11 pagi itu, dua warga tempatan turut ditahan masing-masing seorang lelaki dan wanita disyaki ejen klinik berkenaan.

“Serbuan di kondominium di Bukit Jalil menahan lima warga Vietnam dan seorang warga tempatan, manakala serbuan kedua di Desa Petaling menahan empat warga Vietnam dan seorang warga tempatan.

“Siasatan mendapati dua unit kediaman ini mempunyai kaitan, namun menggunakan nama syarikat yang berbeza,” katanya.

Difahamkan, serbuan turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Wan Mohamed Saupee berkata warga tempatan yang menjadi ejen diberi komisen antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah bayaran dikenakan kepada pelanggan.

“Serbuan mendapati bilik utama di kedua-dua unit kondominium disewa pada harga RM2,600 sebulan itu dijadikan bilik bedah.

“Bilik itu lengkap dengan pelbagai alat pembedahan kosmetik termasuk ubat-ubatan dipercayai diimport,” jelasnya.

Tambahnya, warga tempatan yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala warga Vietnam disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 12-3-2025 07:34 AM
Bisnes kencang
Quote ninja boy 12-3-2025 07:58 AM
Wargasing semua boleh sini Malaysia, jual simkad klia, terkap jong nam klia, sorok minyak masak peket, kebun sayur haram, lori haram, semua boleh bikin wang di malaysia
Quote prince_marhaen 12-3-2025 07:59 AM
doktor hidung Anju ke ni?
Quote pocongkiutss 12-3-2025 08:06 AM
Dia ke yg buat hidung anjoli..hahah
Quote toynme 12-3-2025 08:35 AM
pocongkiutss replied at 12-3-2025 08:06 AM
Dia ke yg buat hidung anjoli..hahah

aku pun rasa sebab bila masa plak dia pegi vietnam kan
ntah2 dia yang report
Quote venom1 12-3-2025 08:53 AM
Esok-esok organ manusia pun boleh transplan kat sini.
Quote Noraniza_Iblis 12-3-2025 01:57 PM
haha nasib time iolss buat hidung kt sini, tak kene serbu..kalau tak keluar paper..
Quote maysay 12-3-2025 02:13 PM
eee ngeri la operate2 ni. main percaya je ek
Quote dewi_rina 12-3-2025 03:39 PM
Noraniza_Iblis replied at 12-3-2025 05:57 AM
haha nasib time iolss buat hidung kt sini, tak kene serbu..kalau tak keluar paper..

Dp tu gmbar cuols sebelum buat pembedahan hidung ke?
Quote dua_chzy 12-3-2025 04:06 PM
Siap hada oven tau. Guna huntok disinfect ka apa.
Quote dua_chzy 12-3-2025 04:08 PM
Tengok macam suction machine ja sebelah oven tu.

Sampai hati manusia pi tadah nyawa buat surgery tempat gini.
Quote aryyan 12-3-2025 04:32 PM
ninja boy replied at 12-3-2025 07:58 AM
Wargasing semua boleh sini Malaysia, jual simkad klia, terkap jong nam klia, sorok minyak masak peke ...

warga asing mmg serbaboleh.
smua keja boleh tapau.
lg2 keja specialist.
cer check ntah2 ramai ja pati operate towercrane bagai.


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035552 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top