CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iskandar Puteri bakal jadi bandar metropolitan Johor

11-3-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2604| Komen: 7|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-03-11-at-12.01.56-PM.jpeg



ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Iskandar Puteri sebagai sebuah bandar metropolitan yang akan berfungsi sebagai pusat ekonomi moden dan inovasi negara ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu bakal merapatkan jurang ekonomi antara Johor dan pusat ekonomi utama lain di negara ini.

“Johor kini sedang giat memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan serantau melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Semua inisiatif dibuat bakal meningkatkan keterhubungan strategik, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Onn Hafiz memberitahu pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mencapai status negeri maju menjelang 2030, termasuk Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Katanya, kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan Khazanah bertujuan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan demi kemajuan Johor serta kesejahteraan rakyatnya yang berbilang kaum.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-3-2025 08:02 AM
metro apooo...jauh nak mamps dari semua tempat & daerah lain... rumah pun foreigner je beli tak duduk, tanah lot semua kroni juta2 sakau buat banglo... keliling tu semua kampung2 lama yang tak lama lagi kena jual...
Quote clueless_gamer 14-3-2025 03:52 AM
forest city tu dah mula ramai org, geng keje singapore ni byk sewa kt situ, aku tak rasa pun benda tu rugi.. sbb dia mmg ada development phase dia.. katalah ada 5 phase dgn nilai 5 billion.. tapi skrg baru dapat buat 2 phasa je, so kita bayar by progress lah.. so dekat mana yg project tu rugi? delayed tu mmg betul, tapi bukan rugi pun
Quote nazurah 14-3-2025 04:35 AM
Jalan sesak kasi settle dulu la
Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 04:59 AM
Nasi kandar Johor guna beras ke spageti?
Quote supernaturalee 14-3-2025 11:16 AM
kakikuDibibirmu replied at 14-3-2025 04:59 AM
Nasi kandar Johor guna beras ke spageti?

kamu nanya???



Quote Orix 14-3-2025 02:57 PM
clueless_gamer replied at 14-3-2025 03:52 AM
forest city tu dah mula ramai org, geng keje singapore ni byk sewa kt situ, aku tak rasa pun benda t ...

mimpi nya dekkkkk
Quote hyie 14-3-2025 08:50 PM
waima JB tu pon tak nampak metropolitannya di mata meols, apatah lagi Iskandar ni. Johor ni besar ya, dari satu tempat ke tampat lain tu macam 2 marhalah gitu feel dia, dengan tak berapa teratur perancangan bandarnya, kowser nak explore lelebih. Dia macam satu tempat yang membosankan dan takda apa yang menarik sangat pun. Better pegi singaporn je dikkk

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032787 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top