CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas motosikal dirempuh Honda Jazz, seorang lagi remaja maut

11-3-2025 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18121| Komen: 5|Original author: tatod

553.jpg


Seremban: Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, di sini, Khamis lalu, meninggal dunia pada 7.23 malam tadi(Isnin).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Katanya, kematian itu menjadikan keseluruhan tiga remaja maut setakat ini.

"Mangsa adalah penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun.

"Sekarang, tiga yang parah masih dirawat di hospital sama iaitu rakan kepada Aisar Azim dan pemandu serta penumpang Honda Jazz, masing-masing berusia 18 dan 17 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, dekat Sikamat, di sini. Media pada Jumaat lalu melaporkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh kereta Honda Jazz.

Mohamad Hatta dilaporkan berkata, Honda Jazz dipandu lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu, didakwa gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 11-3-2025 12:11 AM
Pemilik kereta patut kena saman/penjara dan ditarik lesen memandu sekali
Quote qistiena 11-3-2025 04:13 PM
Harap famili mangsa saman sivil yg melanggar tu
Quote L.U.S.M 12-3-2025 12:05 AM
Pixie902: Pemilik kereta patut kena sama ...


Kat msia beli kete wajib ada lesen memandu ke..rasa mcm xwajib
Quote rosa_canina 12-3-2025 08:11 AM
salam takziah..

anak aku pun mangsa langgar driver takde lesen jgk.. tp kalo takde lesen memandu takat blh saman je lah.. lps2 tu dia tak ambik lesen pun bukan org tau pun..
Quote sharfox 12-3-2025 09:37 AM
Yg melanggar dah confirm xda lesen...yg kena langgar pun kalau tgk umur mmg xda lesen gak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030665 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top