CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kae Asakura atau ‘Rae Lil Black’ berniqab, teruja solat di Masjid Sri Sendayan

11-3-2025 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2692| Komen: 10

 


PETALING JAYA – Selepas tular berita sudah memeluk agama Islam, Kae Asakura berkongsi ketenangan serta pengalamannya mengimarahkan beberapa masjid terkemuka di Malaysia.

Melalui perkongsian terbarunya di Instagram, Asakura yang lebih dikenali sebagai ‘Rae Lil Black’ berkongsi pengalamannya melawat dan menunaikan solat di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan semalam.

Askura yang mengenakan imej berniqab memberitahu, dia berpeluang menunaikan solat asar, maghrib, isyak serta mengikuti jemaah mendirikan solat sunat tarawih serta witir selain sempat memuji keindahan masjid tersebut.

“Day two in Malaysia (hari kedua di Malaysia). Masjid Sri Sendayan. Done at this beautiful masjid (selesai di masjid yang cantik ini),” katanya.

Sebelum ini, melalui perkongsian di Instagramnya juga, Kae Asakura turut berkongsi pengalamannya mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.


Terdahulu, Asakura melahirkan keterujaannya menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara Islam baharu.

Dia dilihat turut memadamkan status terdahulunya di media sosial dan tampil memuat naik hantaran baharu memaparkan dirinya bertudung. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Freezies 11-3-2025 12:44 PM
Bulan pose jangan cuba2 google nama dia..
Nanti keluar gambar tk senonoh.
Quote lolipopmanish 11-3-2025 01:03 PM
Awak ni siapa? Awak tinggal sini ke?
Quote ainonymous 11-3-2025 01:55 PM
betul ke masuk islam ni? pelik2 je la org skrg
Quote Skuau 11-3-2025 02:12 PM
Freezies replied at 11-3-2025 12:44 PM
Bulan pose jangan cuba2 google nama dia..
Nanti keluar gambar tk senonoh.

ko 'cakap' camni terus aku 'google'....eh! betul ke dia bekas pelakon filem 'tu'???(terkejut jugok aku).
Quote bored_atticus 11-3-2025 02:28 PM
kalau betul-betul dah berubah, alhamdulillah diucapkan. semoga terus istiqomah.
Quote bored_atticus 11-3-2025 02:28 PM
kalau betul-betul dah berubah, alhamdulillah diucapkan. semoga terus istiqomah.
Quote clueless_gamer 14-3-2025 03:48 AM
orang yg dah biasa hidup liar ni akhirnya hati dia akan rasa kosong.. rasa tak berbaloi pun kejar dunia glamor ni ,semuanya fake and pretentious.. dlm medsos je nampak hebat berkata, bila berdepan nanti taulah semuanya cuma watak drama sendu dlm kehidupan sebenar.. hidup tak bermakna pun, just eat, sleep and enjoy, like an animal?

dlm tiktok pun aku tgk byk dah bebudak yg mula hanyut, girls pun dah ramai mula tunjuk badan bertatu ni.. minum dgn seks bebas tu dah jadi benda biasa.. moden lifestyles katanya padahal jadi penyedap jantan je
Quote primarikey 14-3-2025 05:21 AM
clueless_gamer replied at 14-3-2025 03:48 AM
orang yg dah biasa hidup liar ni akhirnya hati dia akan rasa kosong.. rasa tak berbaloi pun kejar du ...

pada iols medsos cm tiktok, ig byk buat manusia jd lagha...tmasuk org islam....ramai org islam hilang rasa malu berjoget dan tunjuk kebodohan kt medsos....tmasuk la bini2 org, mak2 org
Quote slavehunter 14-3-2025 07:59 PM
Oh pelakon dewasa. Patut nampak banyak news keluar.
Tapi pelakon dewasa pun bila dah tak berlakon ada jer lelaki nak kahwin dengan dia even her past history. Lelaki macam tak kisah. Probably bangga kot.
Quote kemaruk 14-3-2025 08:07 PM
Ok dah berbuka jadi bangkem boleh gi gugel jap

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033209 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top