Kesihatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Kesihatan 7-3-2025 04:26 PM 25.4K Views
DescriptionKESELAMATAN di jalan raya perlu diberi perhatian serius, khususnya buat wanita yang sering memakai telekung ketika membo ...
3196602.jpg


KESELAMATAN di jalan raya perlu diberi perhatian serius, khususnya buat wanita yang sering memakai telekung ketika membonceng motosikal.

Pakaian yang terlalu labuh terutama telekung berisiko tinggi untuk tersangkut pada tayar atau rantai motosikal, yang boleh mengakibatkan pembonceng terjatuh ataupun motosikal terbabas.

Kemalangan sedemikian pernah dilaporkan berlaku pada 2023 apabila seorang suami maut setelah motosikal ditungganginya hilang kawalan selepas telekung dipakai isterinya dipercayai tersangkut pada tayar belakang di Jalan Juasseh Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kejadian tersebut berlaku ketika pasangan tersebut dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Insiden seperti itu memberi peringatan penting kepada semua pihak, terutamanya wanita yang sering memakai telekung untuk lebih berhati-hati ketika menunggang atau membonceng motosikal.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi antara langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku:

1) Tarik telekung ke bahu sebelum bergerak

Sebelum motosikal bergerak, wanita yang memakai telekung dinasihatkan untuk menarik telekung ke bahu agar ia tidak terjuntai dan berisiko tersangkut pada tayar atau rantai motosikal.

2) Gunakan seluar panjang dalam telekung

Untuk keselamatan tambahan, memakai seluar panjang dalam telekung boleh membantu memastikan pakaian lebih terkawal dan mengurangkan risiko ia terurai ketika membonceng motosikal.

3196618.jpg


3) Elakkan pakaian terlalu labuh

Elakkan memakai pakaian yang terlalu labuh, terutama ketika menaiki motosikal.

Pakaian yang tidak terkawal boleh menyebabkan ia tersangkut pada komponen motosikal dan mengganggu kawalan penunggang.

Dalam pada itu, wanita juga digalakkan untuk menjaga kebersihan telekung yang digunakan, terutamanya ketika menunaikan solat tarawih setiap malam..

Kebersihan telekung adalah penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, tetapi juga memastikan keselesaan ketika beribadah, terutamanya pada bulan penuh keberkatan ini.

Solat tarawih yang dilakukan setiap malam sepanjang Ramadan memerlukan wanita untuk memakai telekung dalam tempoh lebih lama.

Kebersihan telekung boleh mempengaruhi tahap kekhusyukan dalam solat dan bagi wanita yang menggunakan telekung setiap hari, ia adalah satu amalan yang perlu diberi perhatian. — Majoriti

Original author: tatod

Prev.:Tangani HFMD dengan Berkesan: Panduan untuk Ibu Bapa

Next:Data menunjukkan individu obes makin ramai di Malaysia, ini 7 langkah asas elak kegemukan

Komen Terbaru
intan20002 7-3-2025 04:57 PM
betul. kena beringat.
Gokuuu 7-3-2025 10:51 PM
Bila musim ramadan bersepah hantu telekong di luar rumah...
annehuda 9-3-2025 01:41 AM
Quote: Gokuuu: Bila musim ramadan bersepah ha ...


Hari tu aku terbaca gak ada girl ni bergaduh ngan lelaki yg tegur perempuan pakai telekung ke mana-mana termasukla pegi makan kat mamak pegi kedai. Aku pun perempuan kot tapi aku pun tak nak pakai telekung ke mana-mana, cukup to and fro masjid je. Sebab aku rasa mau kepam kot telekung tu bawak pegi mana2. Ngan melekat asap rokok la asap makanan la asap kenderaan la. Mcm mak2 kita dulu pakai telekung tu pun pegi balik masjid je, takdela mcm perempuan zaman moden ni selekeh bebenor nak bertelekung sana sini.
eyansss 9-3-2025 02:47 PM
Quote: annehuda: Hari tu aku terbaca gak ada girl ni bergaduh ngan lelaki yg tegur perempuan pakai telekung ke mana-mana termasukla pegi makan kat mamak pegi kedai. Ak ...


kebersihan tak terjamin kalau sampai level pakai pegi mamak…  haiyooo…
swateng1 10-3-2025 11:16 AM
Quote: annehuda: Hari tu aku terbaca gak ada girl ni bergaduh ngan lelaki yg tegur perempuan pakai telekung ke mana-mana termasukla pegi makan kat mamak pegi kedai. Ak ...


tu laa u ols.. terpaling telekung sampai moreh kat mamak pun pakai telekung. dah tau ko nak p mkn, ko bwk laa spare tudung sarung tu. rimas nengok