Kesihatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Kesihatan 7-3-2025 10:55 AM 17.6K Views
DescriptionKERACUNAN makanan adalah masalah kesihatan sering dihadapi masyarakat, terutamanya apabila makanan diambil telah tercema ...
Untitled-21-700x366-1.jpg


KERACUNAN makanan adalah masalah kesihatan sering dihadapi masyarakat, terutamanya apabila makanan diambil telah tercemar dengan bakteria, virus, atau parasit.

Kejadian keracunan makanan bukan sahaja menjejaskan kesihatan tubuh, tetapi juga boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak ditangani dengan segera.

Oleh itu penting untuk memahami penyebab keracunan makanan, tanda-tanda perlu diberi perhatian, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan kejadian ini.

Penyebab keracunan makanan

Penyebab utama keracunan makanan termasuk bakteria seperti Salmonella, Escherichia coli (E. coli), Campylobacter, dan Listeria.

Selain itu, virus seperti norovirus dan parasit juga boleh menyebabkan keracunan makanan.

Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau tidak disimpan pada suhu betul adalah antara faktor memudahkan pertumbuhan mikroorganisma penyebab keracunan.

Makanan yang mudah terdedah kepada keracunan termasuk daging mentah, telur, produk tenusu, sayur-sayuran mentah, dan makanan laut.

Selain itu, penyediaan makanan tidak bersih atau tidak mengikut prosedur kebersihan betul turut meningkatkan risiko terjadinya keracunan.

Screen Shot 2013-10-07 at 4.28.06 PM.png


Tanda-tanda keracunan makanan

Tanda-tanda keracunan makanan biasanya muncul dalam beberapa jam selepas pengambilan makanan yang tercemar.

Gejala yang sering dialami termasuk loya, muntah, cirit-birit, sakit perut, dan demam. Kadangkala, gejala-gejala ini boleh menjadi lebih serius, terutamanya jika berlaku pada kanak-kanak, orang tua, atau individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Penyakit ini boleh menyebabkan dehidrasi jika tidak mendapat rawatan dengan segera, terutamanya apabila seseorang mengalami muntah dan cirit-birit yang lebih kerap.

Jika gejala berlarutan lebih dari 48 jam atau semakin teruk, penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Langkah pencegahan keracunan makanan

Untuk mencegah keracunan makanan, kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan adalah aspek paling penting.

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan keracunan makanan termasuk

● Cuci tangan secara berkala.

● Masak makanan dengan sempurna.

● Simpan makanan pada suhu yang betul.

● Perhatikan tarikh luput.

● Jangan letakkan makanan di tempat tidak terdedah.

download (1).jpg

Jika terjadinya keracunan makanan, rawatan segera amat penting untuk mengelakkan komplikasi serius.

Oleh itu, setiap individu harus peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan serta memastikan makanan diambil selamat dan berkualiti.


Sumber: BH Online

Original author: tatod

Prev.:IQ Anak Rendah, Mak Ayah Sila Check Pemakanan Anak

Next:Sel-sel rosak musnah ketika manusia berpuasa, tubuh bersih secara semulajadi - Kajian pakar Jepun

Komen Terbaru
Jajuli 8-3-2025 06:52 PM
Pernah sekali perut kosong makan rojak, muntah2 cirit birit pergi kecemasan  ,warded seminggu lebih juga, tak pasti punca keracunan atau gastrik
ipes2 12-3-2025 04:18 AM
Quote: Jajuli replied at 8-3-2025 06:52 PM
Pernah sekali perut kosong makan rojak, muntah2 cirit birit pergi kecemasan  ,warded seminggu lebih  ...

mungkin ianya sebab makan rojak, kerana jika perut kosong, kemasukan makanan ke dalam nya adalah suatu yg sangat di perlukan.
food posioning lah tu
patut awak pergi kekedai rojak tu dan beritahu dia agar dia lebih berjaga dan beringat
nana1001 13-5-2025 01:51 AM
sakit oo kalau kena food poisoning