CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B bawa dua PA di Sepanyol- jadi peneman, cuci baju, lipat kain dan kemas rumah

6-3-2025 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13898| Komen: 36|Original author: Raline

cb.PNG


Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjelaskan dia masih lagi belum selesai menamatkan pengajian di sebuah kolej yang terletak di Barcelona, Sepanyol.

Sebaliknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, dia kini sedang mengambil cuti selama tiga bulan sebelum menyambung semula sesi pembelajaran.


“Saya sebenarnya belum habis belajar lagi. Sekarang ini sedang ambil cuti sendiri sebab uruskan bisnes dekat Malaysia.

“Nanti selepas tiga bulan, saya akan sambung semula belajar selama setahun lebih lagi,” katanya kepada mStar.

Dianggap sebagai seorang yang pandai berdikari kerana sanggup berpisah dengan keluarga untuk menyambung pembelajaran, Cik B memberitahu dia membawa dua pengurus peribadi sebagai peneman.


“Saya ada bawa dua orang pengurus di sana. Saya bawa mereka sebab saya ini bukanlah seorang yang berdikari sangat.

“Jadi mereka ini adalah sebagai peneman, cuci baju, lipat kain dan kemas rumah. Kalau saya seorang nanti takut tidak terurus,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Cik B sudah menamatkan pembelajarannya kerana memuat naik satu hantaran video yang menunjukkan dia menyarung jubah graduasi dan mortar board.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 5-3-2025 03:34 PM
kos apa heshe ambik?
Quote pittjie 5-3-2025 03:40 PM
Bawa "ke" Sepanyol sissss. bukan bawa "di" Sepanyol.


sedih betul aku tgk BM budak2 sekarang la. wartawan2 sekarang pun samaaa. stress baca / mendengar.

contoh : kemalangan berlaku "kat" km35.


ni penyampai radio tau sewaktu bagi info trafik. cam pun%$# je


Quote OsHiN_hOnEy 5-3-2025 03:44 PM
senang ker nak uruskan visa utk 'PA' dia
tapi passport msia skrg dah visa free in schengen area
amik jer lar org2 syria or portugal yg berlambak ada kat sana
harga pun murah per hour
Quote noell 5-3-2025 04:05 PM
dah tukaq jd encik B ka camna??
Quote heythere123 5-3-2025 04:21 PM
sheols dekat sana entah2 pergi cuci duit je sebenarnya
Quote mizterpaling88 5-3-2025 05:10 PM
betul ke gi belajar...takpa, iols tunggu gambar grad
Quote bioessence 5-3-2025 06:12 PM
heythere123 replied at 5-3-2025 04:21 PM
sheols dekat sana entah2 pergi cuci duit je sebenarnya

Ialah....Kes vida coin lagi
Quote hasniey 5-3-2025 06:39 PM
sleepandream replied at 5-3-2025 03:34 PM
kos apa heshe ambik?

Katanya business management mcmtu laa.
Quote mrsLucky 5-3-2025 06:41 PM
Cik B ni kalau kurus dan buat rynoplasty mesti lawa...
Quote sharlenetexas 5-3-2025 07:29 PM
Cik b try kurus macam enot.


Quote ninja boy 5-3-2025 07:32 PM
Untunglah org kaya belajar sambil melancong
Quote slyfynx 5-3-2025 07:51 PM
Ade eh study leh amik cuti suke2 3 bulan mcm org keje
Quote cmf_premierleag 5-3-2025 08:22 PM
Walau stakat tgk gambo kat porem ni je pon,, bleh terbau busuk kepam lps tertengok lipatan leher yg mcm takde leher budak ni
Quote Kurex 5-3-2025 08:50 PM
mrsLucky replied at 5-3-2025 06:41 PM
Cik B ni kalau kurus dan buat rynoplasty mesti lawa...

kurang2 muka macam enot je pun
Quote mrsLucky 5-3-2025 08:52 PM
Kurex replied at 5-3-2025 08:50 PM
kurang2 muka macam enot je pun

lol....oya kena putihkan kulit juga....
Quote rayna_raynes 6-3-2025 04:04 AM
slyfynx replied at 5-3-2025 07:51 PM
Ade eh study leh amik cuti suke2 3 bulan mcm org keje

Ada jah.

Certain universities/colleges allow bebudak muda ambik study break untuk travel/pursue personal projects
Quote shida81 6-3-2025 07:47 AM
Pa ke maid
Quote Sendawg 6-3-2025 08:18 AM
mizterpaling88 replied at 5-3-2025 05:10 PM
betul ke gi belajar...takpa, iols tunggu gambar grad

Eleh, diorang ada duit, tak graduate pun boleh je sewa jubah, ambik gambar pastu photoshop. Pastu netizen diperbodohkan.
Quote Orion_Onion 6-3-2025 06:59 PM
mrsLucky replied at 5-3-2025 06:41 PM
Cik B ni kalau kurus dan buat rynoplasty mesti lawa...

Skrg dh ada cucuk ozempic saxenda semua..xsusah nk kurusssss

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047365 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top