CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa

6-3-2025 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2425| Komen: 0|Original author: tatod

sembelit.jpg




KESUKARAN membuang air besar disebabkan masalah sembelit sering berlaku kepada mereka yang berpuasa.

Mana tidaknya, perubahan diet serta kekurangan air dalam badan boleh mengganggu proses pencernaan sehingga mengakibatkan najis menjadi keras.

Namun tahukah anda situasi tersebut tanpa disedari boleh menjejaskan ibadah puasa seseorang sekiranya najis yang keluar dari dubur kemudiannya masuk semula ketika membuang air besar.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, puasa seseorang terbatal sekiranya tahi yang sudah keluar masuk kembali selepas dikemut sehingga sampai ke bahagian dalam dubur.

Berdasarkan mazhab al-Syafi'i, perbuatan memasukkan sesuatu jirim (ain) ke dalam rongga yang terbuka (manfaz maftuh) seperti mulut, telinga, kemaluan dan dubur dianggap membatalkan puasa.

Dalam pada itu, Imam al-Bujairimi turut membahaskan bahawa puasa terbatal sekiranya najis yang tidak terputus keluar diputuskan secara sengaja dengn mengemut dubur sehingga sebahagiannya masuk semula ke dalam rongga terbuka dubur.

Jelasnya, had masuk najis tersebut mestilah melebihi bahagian dalam rongga yang tidak wajib dibasuh.

Kesimpulannya, umat Islam yang sedang berpuasa disarankan mengambil diet tinggi serat dan air secukupnya bagi memastikan masalah sembelit tidak berlarutan sehingga mengganggu ibadah.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.029989 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top