CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pintu-pintu masuk di Masjidil Haram diperuntukkan bagi tujuan tertentu

6-3-2025 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2060| Komen: 0|Original author: tatod

1436869949450.jpg


Makkah: Pintu-pintu masuk Masjidil Haram memainkan peranan penting dalam mengawal aliran masuk dan keluar jemaah sepanjang Ramadan, bagi memastikan akses yang selamat dan lancar bagi semua pengunjung.

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bertanggungjawab mengawal selia pintu masuk ini bagi memudahkan pergerakan jemaah di dalam kawasan Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Beberapa pintu masuk khas telah ditetapkan bagi jemaah umrah, termasuk Pintu Raja Abdulaziz (1), Pintu Raja Fahd (79), Pintu Umrah dan Pintu Al-Salam (19).

Selain itu, jambatan yang digunakan jemaah umrah di tingkat pertama termasuk Jambatan Al-Shubaika (64) dan Jambatan Ajyad (7).

Selain itu, laluan khas juga disediakan bagi jemaah wanita menerusi Pintu 70, 85, 86, 87, dan 89, serta bagi individu kurang upaya melalui Pintu 68, 69, 89, 93, 94, 114, dan 123, selain jambatan Al-Marwah, Ajyad, Al-Safa dan Al-Shubaika.

Pintu 7 dikhaskan bagi kawasan solat jenazah, manakala Pintu 5 digunakan untuk laluan keluar jenazah. Pintu 13 dan 14 pula diperuntukkan khusus bagi kecemasan.

Langkah pengurusan terbabit bertujuan meningkatkan kecekapan dalam mengawal pergerakan jemaah, sekali gus memastikan keselesaan lebih baik bagi jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.026740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top