CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Minta izin dulu sebelum sentuh... Puteri Aishah trauma anak sakit selepas dicium orang luar

19-2-2025 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37142| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-18 220819.png


SERIK berdepan pengalaman anak sakit, pelakon Puteri Aishah berkata dia kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh bayinya itu.

Kata Puteri Aishah, 31, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi kondisi bayi yang mudah terkena jangkitan.

"Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan bersih.

"Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Selasa.

Screenshot 2025-02-18 220843.png


Dalam pada itu, Aishah meminta orang ramai lebih peka mengenai soal kesihatan bayi dan meminta izin terlebih dahulu sebelum menyentuh mereka.

"Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tidak izinkan, tolong jangan terasa.

"Kadang-kadang mood dia (anak) pun tidak menentu. Kalau dia menangis, bukannya awak yang pujuk. Saya juga yang perlu pujuk dia," ujarnya.

Untuk rekod, Aishah dan suaminya iaitu Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-2-2025 10:47 PM
Kaki bj jangan suka suki peluk cium baby. Tak pasal2 berjangkit kurap herpes etc.


Quote cmf_premierleag 18-2-2025 11:42 PM
Anak ecah ni comel sgt2
Mak pun lawaaa
Quote cmf_premierleag 18-2-2025 11:42 PM
Kdg2 tgk insta ecah sbb nk tgk anak dia je x pedulik pun dgn ecah
Quote TabletSusu 19-2-2025 04:42 PM
ecah ni comel betul bila senyum
Quote Kancilkering 19-2-2025 04:47 PM
muka square dia tetap lawa
maintain lh jawline tu

jgn main main nak pegang pegang anak org nak cium bagai…bila sakit emak dia juga bersekang
mata jaga anak…..
Quote TomyamPuteh 19-2-2025 07:36 PM
Dah anak jenis tak tahan lasak kot. Anak sepupu aku comel ngalahkan baby Russia. Pantang bawak pegi mana2 mesti kena gomol, cium. Elok je kejadiannya. Sihat walafiat. Alhamdulillah.
Quote LadyCarefree 19-2-2025 08:59 PM
Lakinya lepas kahwin tak segak mcm gambar2 kahwin. Kerja apa lakinya itu?

Laki Ain Edruce yg big boss company besar.
Quote aina_shaira 19-2-2025 10:03 PM
LadyCarefree replied at 19-2-2025 08:59 PM
Lakinya lepas kahwin tak segak mcm gambar2 kahwin. Kerja apa lakinya itu?

Laki Ain Edruce yg big bo ...

Big boss company ape
Quote ina_na 20-2-2025 12:00 AM
TomyamPuteh replied at 19-2-2025 07:36 PM
Dah anak jenis tak tahan lasak kot. Anak sepupu aku comel ngalahkan baby Russia. Pantang bawak pegi  ...

Mcm anak sulung iolss kot...anak sulung iolss dl di gomol2.. sana sini dukung,cium sbb pipi mcm epal sebijik kat kanan,sebijik kat Kiri..elok je x sakit..so adik,x kene gomol pun setiap bulan check in wad..demam la,banyak kahak la
Quote LadyCarefree 20-2-2025 02:01 PM
aina_shaira replied at 19-2-2025 09:03 PM
Big boss company ape

Logistics. Dia Managing Director.
Quote aina_shaira 20-2-2025 03:39 PM
LadyCarefree replied at 20-2-2025 02:01 PM
Logistics. Dia Managing Director.

Company kepunyaan sendiri ke
Hebat nyer padahal rasa ya latar belakang pendidikan so so je
Quote LadyCarefree 20-2-2025 05:34 PM
aina_shaira replied at 20-2-2025 02:39 PM
Company kepunyaan sendiri ke
Hebat nyer padahal rasa ya latar belakang pendidikan so so je

International name. Kalau ada degree dan kerja bagus. why not? Amirul tu anak Dato. Bukan calang2 juga pekerjaannya.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-3-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049196 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top