CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Afdlin Shauki tak bersalah, SPRM sahkan tiada elemen jenayah dalam kes salah laku DBKL

17-2-2025 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28791| Komen: 1|Original author: Raline

d 1.PNG


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan tidak wujud elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu perkara tersebut diputuskan selepas penelitian dokumen yang diberikan kepada pihaknya.

Dokumen tersebut dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Februari lalu berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio.

"Hasil semakan dokumen yang dibekalkan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam pelaksanaan projek Penerbitan Kandungan Dan Siaran Studio Dan Konti Radio Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bernilai RM4 juta," katanya.

SPRM bagaimanapun tidak menolak wujud beberapa kelemahan berhubung tetakelola pada garis panduan DBKL.

Sejak Januari lalu, kecoh di media sosial, Afdlin, 54, yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terlibat dalam peroleh projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit.

d 2.PNG


Dalam satu kenyataaan, Afdlin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis atas perkara tidak benar yang disebarkan itu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 18-2-2025 08:18 AM
Kalau zaman Najib dulu, dah berbakul SPRM kena maki dengan PH. Teringat piji cakap kalau dia jadi kerajaan, dia nak sumbat azam baki dlm penjara psl isu saham tue. Sudahnya elok jer azam keje, piji pun diam seribu bahasa.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-3-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.201687 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top