Isu Semasa
Isu Semasa 15-2-2025 08:02 PM 4228 Views
DescriptionPETALING JAYA – Tindakan pantas seorang rakyat Malaysia berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Sri Lanka dari ...

ADVERTISEMENT


 


PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang rakyat Malaysia berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Sri Lanka daripada lemas, dalam kejadian di lokasi Air Terjun Diyaluma di Colombo, Sri Lanka.

Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikenali sebagai Farah Putri Mulyani berada di dalam air serta sedang merakam video suasana lokasi tarikan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dikejutkan keadaan kecoh dan seorang lelaki menjerit nama seseorang di kawasan air terjun tersebut.

Farah Putri bertanya kepada lelaki tersebut dan terus menyelam ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa serta membawanya naik ke atas.

“Berlaku di Air Terjun Diyaluma. Saya selamatkan individu daripada lemas. Kejadian ini mengubah trip saya.

“Saya berpendapat lebih ramai orang perlu sedar tentang bahaya air terjun kerana ada kolam yang boleh menyebabkan jatuh begitu dalam serta tiada arus di bawahnya untuk bantu berenang.

“Sekiranya anda bukan seorang perenang, ia meletakkan nyawa anda lebih bahaya,” katanya pada hantaran Instagram.

Pada ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Farah Putri apabila pantas menyelamatkan lelaki tersebut.



“Sangat menghargai respons anda yang begitu pantas,” komen ajithpperera.

“Sangat kagum, selamatkan seseorang daripada lemas suatu tugas yang susah kerana kebiasaannya (mangsa) akan tarik anda ke bawah,” komen itsabhijeetkale.

“Saya dari Sri Lanka. Terima kasih selamatkan nyawa manusia. Anda heroin, tunduk hormat kepada anda,” kata nishanuae91. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Prev.:Pemandu kereta Axia berwarna putih yang membuat pusingan beratus kali dari pagi sampai malam di Bulatan Mahkota disahka berpenyakit skizofrenia

Next:Ibu maut ketika dalam perjalanan bawa anak lelaki yang jatuh motosikal ke hospital


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Glass_shoes 15-2-2025 08:06 PM
Dia ni pelakon kan?Tahniah sbb pantas jd heroin
borne 15-2-2025 08:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu.  Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari lemas dengan berpakaian seksi.  Tungguuuu!
supernaturalee 15-2-2025 08:40 PM
Quote: borne replied at 15-2-2025 08:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu.  Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...

Kann
Dgn komen2 terpaling syumul kt FB dgn YouTube

Belibis 15-2-2025 08:41 PM
Tak berbaloi jadi heroin untuk hero sri lanka..
borne 15-2-2025 08:42 PM
Quote: supernaturalee replied at 15-2-2025 08:40 PM
Kann
Dgn komen2 terpaling syumul kt FB dgn YouTube

Hukum rakam aksi jimak dengan bini tak tanya pulak.
Carcosa 15-2-2025 10:26 PM
Haram tetap harammm, katanyeh nnti oleh ustad2 terlebih alim. Niat tak menghalolkan caraaa. Ha gichewww. Tak boleh bersentuhan dgn bukan muhrim, pakaian je dah tak tutup aurat. Lain kali nmpk lelaki lemas, sila flip hair dan ignore. Lelaki lain boleh buat, kita wanita dok diam2 jah.
Kdg2 aku rasa nak terajang muka sekor2 terpaling ahli syurga
clueless_gamer 16-2-2025 03:47 AM
semak lah komen camni.. mudah sangat nak off topic..  

kemon lah korang.. benda baik tu kita pujilah, nak kutuk bukaklah tred lain
mizterpaling88 16-2-2025 04:14 AM
power la dia ni. awareness bagus. nasib baik sri lanka bkn india. kalo india, mau semua india pura2 lemas sbb nak meraba akak ni. yucks hahaha
imransulaiman 16-2-2025 05:13 AM
Malaysia ke? Nama macam bukan je..
batmana 16-2-2025 06:15 AM
Nama tu biasa indon pakai.. Jap lagi Nusantara claim
Semua yg off topik cm siyal.. Dh terang2 dia selamatkan nyawa sudahlah.. Hal lain thread lain la
VioletsAre_Blue 16-2-2025 06:41 AM
Quote: borne replied at 15-2-2025 08:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu.  Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...

Kenapa pulak? Awak ini agama apa ya sebab benda simple macam ni budak sekolah rendah pun tahu
VioletsAre_Blue 16-2-2025 06:42 AM
Quote: Carcosa replied at 15-2-2025 10:26 PM
Haram tetap harammm, katanyeh nnti oleh ustad2 terlebih alim. Niat tak menghalolkan caraaa. Ha giche ...

Kau islam ke dik? Haram apa benda? Nak kutuk Islam pun agak2 la. Benda gini simple, babi pun boleh makan kalau darurat. Tolong belajar lagi ye
Decaffeinated 16-2-2025 05:35 PM
Aku sedangkan tanam kan dalam diri kalau nampak orang lemas, lari sebab masa waras ni kita tau kemampuan diri. Kalau masa emergency nanti boleh lupa terus terjun. Harap2 tak lah.

Decaffeinated 16-2-2025 05:37 PM
Quote: mizterpaling88 replied at 16-2-2025 04:14 AM
power la dia ni. awareness bagus. nasib baik sri lanka bkn india. kalo india, mau semua india pura2  ...

Sri Lanka ni ada 3 'kaum' - Sinhalese, Tamil dan Muslim.

Kalau di India tu kaum mana yang kuat meraba? Semua satu billion ka?

hokeypokey 16-2-2025 05:37 PM
tahniah kerana menyelamatkan nyawa manusia lain.. saya pun tak mampu sbb saya tak reti berenang.. hehehehehe
gigahertz 16-2-2025 05:43 PM
Quote: borne replied at 15-2-2025 12:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu.  Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...

Hukum jadi berubah bila Haram bertembung dengan nyawa. Dosa aurat masih jalan sebab itu dosa individu
tapi dosa pegang bukan muhrim tak di kira sebab darurat.
I claim jawapan ni dulu nak tengok sama ke tak dengan ustaz .
mizterpaling88 16-2-2025 08:13 PM
Quote: Decaffeinated replied at 16-2-2025 05:37 PM
Sri Lanka ni ada 3 'kaum' - Sinhalese, Tamil dan Muslim.

Kalau di India tu kaum mana yang kuat me ...

boleh jugak kalo nak cakap kesemuanya.. hahaha sebab selama travel pusing india, belum penah lg jumpa yg tak da cubaan tak meraba. acah2 terpegang tgn pun meraba tau. wpun dia atuk2 muka kesian konon anggap kita mcm anak2 dia. belum lg yg muda2. geli lah nak ingat balik moment2 itu semua.
vespa_oren 16-2-2025 08:32 PM
Baguslsh pandai berenang, aku sejak meningkat umur mcm dh hilang skill renang aku ini, nk ajar anak aku pun sini tiada kelas berenang
borne 16-2-2025 10:52 PM
Quote: gigahertz replied at 16-2-2025 05:43 PM
Hukum jadi berubah bila Haram bertembung dengan nyawa. Dosa aurat masih jalan sebab itu dosa indiv ...

Thanx for your kind input.  Unlike some.
Lihat semua komen