Tempatan
Tempatan 15-2-2025 04:12 PM 1929 Views
DescriptionSekian lama menyepi daripada industri seni, penyanyi Ariff Bahran berkongsi punca dia memilih untuk memperlahankan karie ...

ADVERTISEMENT


Sekian lama menyepi daripada industri seni, penyanyi Ariff Bahran berkongsi punca dia memilih untuk memperlahankan karier muziknya.

Kata Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, dia berasa kecewa terhadap industri muzik yang penuh dengan kepalsuan dan ketidakadilan.

Baginya, dunia muzik tidak seindah seperti yang dipaparkan di media sosial, sebaliknya penuh dengan tekanan.

ag.PNG


"Terima kasih untuk hantaran ini. Kepada yang kata potensi terbuang (wasted potential) dan saya tak nak menyanyi lagi.

"Baiklah.. industri ini sangat toksik dan berat sebelah. Tidak seindah yang anda lihat dalam media sosial," katanya.

Ariff berkongsi perkara itu sebagai menjawab persoalan peminat yang berpendapat bakatnya kurang dihargai.


Dalam pada itu, Ariff berterima kasih kepada semua yang masih mendengar dan menyokong karyanya sebelum ini.

"Terima kasih untuk sokongan anda," ujarnya.


Untuk rekod, Ariff mendirikan rumah tangga dengan Amira Syazwani pada 3 September 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Mikhael, 3, dan Lyla Marissa yang kini berusia setahun.

Sumber: mStar

Original author: Raline

Prev.:Awie lakar sejarah The Malaysia Book of Records (MBOR)

Next:Juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua, Ahmad Syafiq rakam lagu ketika putus cinta


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Carcosa 15-2-2025 10:45 PM
Keciknya bini dia. Aku mati2 ingatkan gambar bini dia pakai winter jacket kaler pink tu, anak girl dia besar. Hahahah. Nmpk sgt aku malas baca artikel.
doubleA 16-2-2025 12:00 AM
Bersara as penyanyi pun takpa dah kaya khen apa je lagu dia yg femes iols tak tau
per706 16-2-2025 12:12 AM
Kenal pon tidak dek.

Jika da boleh Jana income lebat tnpa menyanyi.teruskan je la.jgn la ko gadaikan income ko skang semata nk terjun Dunia hiburan yg tak menentu.

Nijam,bersepah "penyanyi".mudah dtg.cepat jugak menghilang.one hit wonder.


Tpi msalahnya ape lgu ko nyanyi pon akak x tau.either hakak yg da tua.atau mmg lagu ko ashe2 dek...

Hurmmmm
Lampuled 16-2-2025 01:05 AM
Nyanyi jer kat tiktok. Betul² ada bakat pasti akan ada yg appreciate.
prince_marhaen 17-2-2025 10:19 AM
main je lah forex dik sementara belum melingkup ni.... suara ko pun biasa2 je.. dengan kekwat lagi... attitude problem.... kalau call time show & jawab soalan wartawan pun jawab cam kimak...jangan nak salahkan industri sangat...
MadameOnion 17-2-2025 12:21 PM
suara biasa..rupa biasa   jadi mmg tak ke mana dekkkk
encikWawad 17-2-2025 02:12 PM
suara haus rupa pun tak kemana
who are yussss
hujung2 lagi 10 tahun menebeng nak masuk GV
(if la masih ada)
sleepandream 17-2-2025 05:02 PM
muka heols dah bengkak2 skrg yach...
tapi tempat keje memana pun ada toxic...
jargon 17-2-2025 09:42 PM
Dia ni aku trtgk bigstage musim lama dlu mmg brlagak sial pastu nk jd mcm akim ruslee mmg jauh lg dekkk…dia mmg acah2