DescriptionKuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu suspek kes bunuh seorang wanita yang ...
ADVERTISEMENT
Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu suspek kes bunuh seorang wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini ditahan segera.
Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
"Kejam dan tidak berperikemanusiaan," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.
Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31.
Terdahulu, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Original author: ^CUN_GILA~.