Isu Semasa
Isu Semasa 14-2-2025 07:44 PM 24K Views
DescriptionKAJANG: Nama Hospital Kajang hari ini secara rasminya ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Perasmian n ...

ADVERTISEMENT



Screenshot 2025-02-14 002939.png


KAJANG: Nama Hospital Kajang hari ini secara rasminya ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.

Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada majlis itu turut menyaksikan perasmian pembukaan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) hospital berkenaan yang mula beroperasi pada 7 Oktober tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam sembah ucapannya berkata Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ialah hospital pakar yang mampu menerima lebih 28,000 pesakit setiap tahun.

Dr Dzulkefly berkata hospital itu kini tampil sebagai satu daripada hospital pakar utama yang dilengkapi kemudahan moden dan menawarkan 17 perkhidmatan kepakaran.

"Hospital ini berada dalam Program Hospital Kluster Lembah Klang Keempat yang dipimpin oleh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebagai Lead Cluster Hospital. Ia memperoleh perkhidmatan pakar melalui lawatan pakar perubatan secara berkala dan perkongsian sumber sekali gus meningkatkan kualiti rawatan kepada pesakit," katanya.

Mengulas mengenai WCC hospital itu, Dr Dzulkefly berkata ia dibina sebagai sebahagian daripada usaha KKM untuk mengurangkan kesesakan, memperluas akses rawatan dan memastikan pesakit menerima perkhidmatan terbaik.

Beliau berkata fasiliti di bangunan sembilan tingkat itu dilengkapi 272 katil, 14 bilik bersalin, enam bilik bedah, satu mesin Imbasan Tomografi (CT) serta perkhidmatan pergigian dan audiologi pediatrik.

"Sebanyak 1,043 perjawatan baharu telah diluluskan untuk memastikan fasiliti ini dipacu petugas kesihatan yang pakar dan berkemahiran tinggi," katanya.

Dr Dzulkefly berkata pembinaan fasiliti yang dibina di tanah seluas 5.43 ekar itu membabitkan kos sebanyak RM287 juta.

Kredit -– BERNAMA

Original author: Raline

Prev.:Kerajaan kena jelas nilai sebenar pelaburan hasil lawatan PMX - Ismail Sabri

Next:Syed Saddiq hadiahkan Bella Astillah jam tangan sedondon


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Orenn1 14-2-2025 12:42 AM
Hermm, Tun M perintah negara berdekad2 satu pun dia taknak nama dia, Yg baru kawin dgn royalty baru berapa tahun dah tegeh sampai nama hospital pun kena tukar buh nama dia, shame!
AbukRokok 14-2-2025 05:47 AM
nti nak sebut nama kajang juga
apa bendalah nak appease VVIP yg masih hidup dan yg telah mati
Orenn1 14-2-2025 06:07 AM
Dasar muka tak tahu malu tu sampai thp tukar nama hospital yg dah lama dikenali dgn nama lain buh nama sendiri huh ntah apa2
Tinot7 14-2-2025 07:57 AM
Lepaih ni jadi HTPN?
selani 14-2-2025 07:58 AM
Ni hospital baru kat Kajang khas untuk pesakit wanita bersalin dekat Jalan Semenyih. Hospital Kajang lama masih ada lagi tengah2 kat bandar Kajang ada lagi. Kalau boleh upgradelah sikit Hospital lama Kajang ni. Terutama sebelah emergency ni..dah macam medan perang sampai katil tak cukup, ada pesakit duduk atas kerusi, ada pesakit tengah berdiri masing2 tangan pulak kena cucuk dgn air. Yang banduan2 tengah sakit siap bergari sambil polis kena jaga pun ada. Dah padat dalam tu.
lee_sakura 14-2-2025 08:07 AM
sapa lah punya idea tukar nama hospital ni
mejaputih 14-2-2025 08:52 AM
Quote: selani replied at 14-2-2025 07:58 AM
Ni hospital baru kat Kajang khas untuk pesakit wanita bersalin dekat Jalan Semenyih. Hospital Kajang ...

1st time iols masuk emergency hospital kajang tu aiols terkejut nk berjalan pun takleh sbb padat sgt...camne la nurse dgn doktor yg bertugas kat situ tak serabut ke...sempit giler...
SedihPedih 14-2-2025 09:31 AM
haritu dalam satu perbincangan, dikhabarkan hosp2 tukar nama ke nama2 royalty dengan harapan rajin le foundation2 diorang ni rajin memberi sumbangan. Harus untuk kiss ass juga.
vanilacup 14-2-2025 10:50 AM
Terima kasih kerana sentiasa mengangkat golongan wanita dalam penjenamaan nama hospital-hospital di Malaysia..
Suchi 14-2-2025 11:01 AM
Apa wartawan ni
Setahu iols sepital yg nama permaisuri ni yg baru khas tuk wanita dan kanak2 tu je

Suchi 14-2-2025 11:02 AM
Quote: selani replied at 14-2-2025 07:58 AM
Ni hospital baru kat Kajang khas untuk pesakit wanita bersalin dekat Jalan Semenyih. Hospital Kajang ...

Nanti upgrade la tu sbb wad beranak dan kanak2 kan dah kosong bleh la guna
Suchi 14-2-2025 11:04 AM
Quote: lee_sakura replied at 14-2-2025 08:07 AM
sapa lah punya idea tukar nama hospital ni

Hosp serdang pun dh tukar nama jd nama sultan selangor
Sblm ni kat selangor takde ikut nama sultan mcm sepital2 negeri lain tu
Rasanya baru gaklah ni

Mcm kat N9,Pahang, Terengganu, Perak, Johor kan dh lama guna nama2 royalti nih
Malah kat sabah ada nama queen eli lagi kan
Cassieopeia 14-2-2025 11:08 AM
xdela ramai takut nak bersalin kat situ lg
toynme 14-2-2025 11:12 AM
senang gitu tukar nama
haha
Binodino 14-2-2025 07:57 PM
Rebranding.

Tapi tetap tak selesaikan masalah pokok di sektor kesihatan awam, i.e brain drain, kekurangan doktor, fasiliti, waktu menunggu lama etc.

cmf_jeangrey 14-2-2025 08:30 PM
Kot masing2 nama pendek takpelah jugak..ni kalau kita tanya acik masuk spital mana? Spital tengku permaisuri norashikin..mana tu? Alahhh kat kajang...ooo spital kajangggg