Tempatan
14-2-2025 07:43 PM
25.4K Views
DescriptionSyafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan melangsungkan pernikahan, hari ini.
Menurut sumber kepada Harian Metro, pasangan ...
Menurut sumber kepada Harian Metro, pasangan itu mengadakan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
"Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping," katanya.
Menurut sumber, majlis pernikahan itu dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.
"Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian," katanya.
Lebih menguatkan spekulasi itu, Mimi memuat naik foto di Instagram memaparkan tangannya yang sudah disarung cincin bersama tangan lelaki dipercayai Syafiq.
Selain disertakan dengan emoji hati dan cincin, Mimi turut memuat naik gambar dia berpelukan bersama Syafiq.
Selain itu, ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman turut memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku menerusi perkongsian di Instagram Story.
"Semoga Allah permudahkan segala urusan kami," katanya.
Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi kedua-dua pelakon itu dan pengurus mereka, Iman Tang bagi mendapatkan pengesahan mengenai pernikahan itu tidak berjaya.
Kesemua mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.
Sumber: Harian Metro
Original author: Raline
Komen Terbaru
3chanceno
14-2-2025 05:33 PM
Edited by 3chanceno at 14-2-2025 05:35 PM
Tunggu pengesahan depa nikah...
Jgn pulak gunakan Alasan - "kalau belum pasti jgn kongsi", pasal dah digunakan perantin baru yg lain
Tunggu pengesahan depa nikah...
Jgn pulak gunakan Alasan - "kalau belum pasti jgn kongsi", pasal dah digunakan perantin baru yg lain

hasniey
14-2-2025 06:00 PM
Alhamdulillah tahniah.
Masih tertanya2 kenapa xjd kahwin aritu.pdhal mjlis lg bpe hari je kan.lepas xjd kahwin pon elok je keluar sama2.igtkan gaduh putus sbbtu xjd kahwin
Masih tertanya2 kenapa xjd kahwin aritu.pdhal mjlis lg bpe hari je kan.lepas xjd kahwin pon elok je keluar sama2.igtkan gaduh putus sbbtu xjd kahwin
dua_chzy
14-2-2025 06:05 PM
Tahniah uols berdua. Punya la helok Mimi Lana ni. Suma features cantik terletak.
shaiy
14-2-2025 06:21 PM
Walo jdoh kuat tp aku mmg nmpk body language mimi je yg lebih2. Tkkn la sapik sejenis tk show kan?eh tipu la. Even bcl yg geletis2 je dkt laki tp still nmpk la si laki botak dia tu bg feedback yg depa love each other. Tp ni tah la nmpk mimi je over.
Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link