Isu Semasa
Isu Semasa 14-2-2025 07:37 PM 24.8K Views
DescriptionTOKYO – Seorang lelaki Jepun yang mempunyai empat isteri menyuarakan hasrat untuk berpindah di Malaysia, lapor portal b ...

ADVERTISEMENT



Untitled-design-2025-02-13T225842.401.png


TOKYO – Seorang lelaki Jepun yang mempunyai empat isteri menyuarakan hasrat untuk berpindah di Malaysia, lapor portal berita World of Buzz kelmarin.

Ryuta Watanabe,36, merupakan seorang pesohor media sosial. Dia bergantung kepada tiga isteri untuk menyara hidupnya.

Watanabe dilaporkan memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan dan tinggal bersama tiga isterinya serta empat anak mereka.

Dia juga memiliki isteri keempat dan tujuh lagi anak hasil hubungan sebelumnya.

Watanabe menjadi popular kerana mengamalkan cara hidup berpoligami.

Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa dia tidak mengahwini isteri-isterinya secara rasmi kerana undang-undang Jepun melarang poligami.

Selain menjadikan Malaysia rumah keduanya, Watanabe juga bercita-cita untuk memiliki 54 orang anak.

Angka tersebut jika tercapai mengatasi rekod Tokugawa Lenari. Shogun (jeneral) itu memiliki 53 orang anak. – AGENSI

Original author: Raline

Prev.:Tiada insiden pukul babit tahanan SOSMA - Saifuddin Nasution

Next:Tiada minuman keras, arak pada Piala Dunia 2034 di Arab Saudi - Duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK)


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
akies 14-2-2025 01:27 AM
Dh kenapa pilih malaysia lak.
Semakk
JohnDeSouza 14-2-2025 01:58 AM
ndak cut cost kot
pocongkiutss 14-2-2025 02:49 AM
Muka bini mcm tak gumbira pon

Iols rasa dia terpengaruh dgn content youtube pokcik andrew taylor tu yg buat dia nk pindah sini
Freezies 14-2-2025 08:06 AM
Edited by Freezies at 14-2-2025 08:08 AM

Bakalan jadi Ikon biawak seMalaysia..
Dwdrum 14-2-2025 08:38 AM
Polygamy nippon version jadi jantan biawak/feminine LOL
Decaffeinated 14-2-2025 11:18 AM
Welcum... Well cum...
krustykrab 14-2-2025 11:22 AM
Tak payah la dok bg masuk. Ni mcm ajaran sesat jugak ni.
annehuda 14-2-2025 11:51 AM
kat Malaysia pun berlambak biawak dik.  tak perlu nak mengidolakan mamat ni sgt la
TeropongThaico 14-2-2025 02:18 PM
Nak buat apa dtg mesia pulak
Tu bini2 nak kerja mana? Isk dah la ramai pati kat sini
Supersirap 14-2-2025 02:40 PM
Mana-mana negara boleh pindah, tiada masalah
dewi_rina 14-2-2025 02:44 PM
Better duduk Indonesia, lagi murah kat sana dari semua segi
pokokmeranti 14-2-2025 03:40 PM
biarlah dia dtg malaysia, nanti perkenalkan negeri yg mesra poligami samada kelantan atau perlis....berkat pentadbiran PAS.
ezacbee 14-2-2025 03:49 PM
Quote: Freezies replied at 14-2-2025 08:06 AM
Bakalan jadi Ikon biawak seMalaysia..

Bakalan jadi host, dj, dll

Jitu 14-2-2025 03:53 PM
sini cuaca panas sila mandi dulu ye bang Ryuta dgn isteri2 sebelum keluar rumah bila duk Malaysia nnt
cmf_jeangrey 14-2-2025 06:01 PM
Sepatutnya kerajaan Jepun jadikan mamat ni ikon..sebab kadar kelahiran turun mendadak kan, risau jd negara tua dan terpaksa import imigran..maybe poligami boleh membantu

hokeypokey 14-2-2025 06:10 PM
muka masing2 pun tak lawa tak hensem, so ada aku kisah??
miss_white 14-2-2025 07:40 PM
jepun  ni nk pindah kt malaysia apa hal
Duduk je lah kt negara sendiri
Aku benci bangsa ni dan aku xkn melancung ke negara ko
Sakit hati dgr kisah  polis yg mati kena seksa dulu2

clueless_gamer 16-2-2025 03:57 AM
kerajaan jepun patut sponsor pasangan local camni.. sebab negara diorang ni antara kelahiran baru bayi paling rendah dalam dunia.. boleh pupus bangsa jepun mcm ni
mizterpaling88 16-2-2025 04:10 AM
seronok jadi biawak. membiak je keje engko. dah semak tgk korean jd influencer kt sini. ko plak nak try nasib kt sini. koniciwa bethol lah