Tempatan
14-2-2025 07:36 PM
9186 Views
DescriptionImran Aqil berkongsi khabar gembira memaklumkan isterinya iaitu Dahlia Rizal kini sedang hamil anak pertama mereka.
Kat ...
Imran Aqil berkongsi khabar gembira memaklumkan isterinya iaitu Dahlia Rizal kini sedang hamil anak pertama mereka.
Kata Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 25, dia juga bersyukur isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya semakin manja dengan dirinya sejak disahkan berbadan dua.
Kata Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 25, dia juga bersyukur isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya semakin manja dengan dirinya sejak disahkan berbadan dua.
"Dahlia Alhamdulillah, kandungan sihat harapnya dapat doakan yang terbaik.
Imran lakukan pelbagai persediaan untuk sambut anak pertama.
"Tiada alahan dan tidak alergi dengan saya. Saya paling takut itu sebab orang kata bila mengandung akan alergi dengan bau-bau suami tapi dia makin clingy," katanya kepada mStar.
Imran berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 pada Khamis.
Berkongsi lanjut mengenai keadaan isterinya yang dikhabarkan terpaksa dikejarkan ke hospital, Imran memaklumkan Dahlia kini dalam keadaan sihat.
Cerita Imran, isterinya mengalami masalah tekanan darah dan kurang gula dalam darah membuatkan dia pengsan ketika berada di sebuah restoran baru-baru ini.
Sejak kejadian itu, dia juga menasihati isterinya agar lebih banyak berehat dan hanya menerima tawaran kerja yang tidak membebankan.
"Dia ditahan di wad selama dua malam sebab tekanan darah, kurang gula dan pengsan di restoran. Saya ketika itu di Seremban dan tiada dekat di sisi dia.
"Alhamdulillah kandungan okay dan punca masih lagi dalam siasatan," kongsinya.
Dalam pada itu, Imran memberitahu dia sedang melakukan persiapan menyambut anak sulungnya itu.
Malah dia akan menimba segala ilmu keibubapaan daripada ibunya.
"Kami tengah mencari rumah yang lebih besar kerana nak meraikan bayi dengan persekiraran rumah lebih selesa dan luas, itu antara persiapan sekarang," kongsinya.
Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.
Sumber: mStar
Original author: Raline
Prev.:Anak-anak jerit ‘papa, mama’, Eda Ezrin hanya mampu lambai tangan di sebalik jaring trak penjara
Next:"Semoga anak daddy hadir dalam mimpi," Zaquan Adha dan Ayu Raudhah sunyi
ADVERTISEMENT
Komen Terbaru
anony-mous 14-2-2025 05:28 PMQuote: hokeypokey replied at 14-2-2025 05:11 PM
kenapa muka dahlia macam cik epal??
Mesti buah ubah muka guna template muka dahlia nidahlia ni lawa, tp suka benor mekap tebal. Xpenat ke nk cuci amek air semayang? I mmg respek la jenis2 gini rajin nk cuci2 pastu mekap smula
hokeypokey 14-2-2025 05:36 PMQuote: anony-mous replied at 14-2-2025 05:28 PM
Mesti buah ubah muka guna template muka dahlia ni dahlia ni lawa, tp suka benor mekap tebal. Xp ...
so si buah tiru si bunga ye.. dh mcm adik beradik..
aku tak pernah tgk gambar si dahlia ni tanpa makeup tebal
anony-mous 14-2-2025 05:38 PMQuote: hokeypokey replied at 14-2-2025 05:36 PM
so si buah tiru si bunga ye.. dh mcm adik beradik..
aku tak pernah tgk gambar si dahlia ni tanpa ...
Ada je dia share gmbar xde mekap. Tu yg gmbar dia pakai utk umrah atas tu xde mekap. Mgkin uols x perasan sbb muka dia tetap sama je
hokeypokey 14-2-2025 05:40 PMQuote: anony-mous replied at 14-2-2025 05:38 PM
Ada je dia share gmbar xde mekap. Tu yg gmbar dia pakai utk umrah atas tu xde mekap. Mgkin uols x ...
iolss scroll balik ke atas semata2 nk tgk muka tanpa makeup tebal.. haah btul ckp chuolss mmg sama jer..
naina 14-2-2025 09:11 PMDia kalau mekap mesti tebal
Nampak berat
Mata tu takyah letak shimmer Pun takpe
Use your browser's share button
to share with your friendsClick me to copy the link