Tempatan
Tempatan 14-2-2025 07:34 PM 9292 Views
DescriptionPenyanyi dialek Kelantan iaitu Eda Ezrin hanya mampu melambaikan tangan di sebalik jaringan trak penjara ketika anak-ana ...

ADVERTISEMENT


Penyanyi dialek Kelantan iaitu Eda Ezrin hanya mampu melambaikan tangan di sebalik jaringan trak penjara ketika anak-anak menjerit memanggil namanya dan suami.

Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, dikatakan sempat melihat kelibat anak-anaknya itu ketika tiba di Mahkamah Narathiwat, Thailand bagi meneruskan sesi perbicaraan kes dadah melibatkan dirinya pada pagi Jumaat.

Anak-anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Bey Soba Bey itu bagaimanapun dilihat ceria kerana dapat melihat ibu bapa mereka secara dekat.

e 1.PNG


"Papa... mama," jerit anak-anak Eda seperti dilapor Sinar Harian.

Sebelum itu, Eda bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, dan empat individu lain iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, tiba di mahkamah pada pukul 9.13 pagi bagi meneruskan sesi perbicaraan kes dadah yang dihadapi mereka.

Pada 14 Januari lalu, Eda, suami dan empat rakan lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

e 2.PNG


Kesemua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham, namun mereka tidak mengaku bersalah memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.

Berkaitan tuduhan miliki pil kuda, hakim meminta kesemua tertuduh mengemukakan bukti dan saksi berhubung perkara tersebut.

Keputusan berkaitan kes tersebut dijangka akan diputuskan pada awal Mac depan.

Sumber: mStar

Original author: Raline

Prev.:Selepas tujuh tahun, Sharifah Shahirah atau Kak Rara tinggalkan Suria FM

Next:Imran Aqil bakal timang anak pertama, Dahlia Rizal semakin clingy dan manja sejak hamil


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
primarikey 14-2-2025 07:54 PM
Sedih pulak baca
Kesian anak2 dorg
Eda mesti nangis pas tgk ank tu
JoyahMengayah 14-2-2025 09:40 PM
Quote: primarikey replied at 14-2-2025 04:54 PM
Sedih pulak baca
Kesian anak2 dorg
Eda mesti nangis pas tgk ank tu

Hidup ni simple...berani buat berani tanggung.
Carcosa 15-2-2025 06:10 AM
Padan lah muka kau. Mesti tersedu sedan smp hilang napas, dlm trak tu. Haaa baru kau tau, langit tinggi rendah. Ko ingat, laki ko berduit, berkuasa, kau invisible??? LAMBERTTTTT LAGI. Hamek koooo, masuk penjara. Aku mmg benci betina2 yg berlakikan tokan. Ala2 dialah wanita terpilih, beruntung hidupnya compared to other women. Yelah duit laki banyak.
Nahhhh hamek koooooo. Telan la pill kuda tu sampai muka ko jadi kuda. Bahhahaha.