Tempatan
Tempatan 14-2-2025 01:08 AM 27.8K Views
DescriptionSelepas tujuh tahun berkhidmat, penyampai radio juga pengacara Sharifah Shahirah, 51, mengundur diri dan tidak menyambun ...

ADVERTISEMENT



Screenshot 2025-02-13 222046.png


Selepas tujuh tahun berkhidmat, penyampai radio juga pengacara Sharifah Shahirah, 51, mengundur diri dan tidak menyambung kontrak bersama stesen Suria FM.

Shahirah yang mesra disapa Kak Rara secara rasminya akan tamat kontrak pada tamat pada 15 Februari ini.

Menerusi kenyataan media Suria FM, Shahirah mengambil keputusan itu atas sebab ingin berehat selain memberi tumpuan kepada perkara berkaitan peribadi.

"Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya," katanya.

Suria FM menghargai khidmat cemerlang Shahirah sepanjang menjadi tonggak penting dalam stesen terbabit sepanjang dia bersama mereka.

Screenshot 2025-02-13 222256.png


"Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya," katanya.

Shahirah mula bertugas di Suria FM pada 2018 menerusi segmen Suria Pagi di Suria FM bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.

Kemudian, dia bertukar mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan yang bersiaran pada pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Shahirah juga pernah bertugas di Suria FM pada 2010 selama setahun.

Sumber – Harian Metro

Original author: Raline

Prev.:“Beruntungnya Ayu & Zaquan, 4 Orang Anak Syurga Dah Menanti Di Sana” - Che Ta

Next:Anak-anak jerit ‘papa, mama’, Eda Ezrin hanya mampu lambai tangan di sebalik jaring trak penjara


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
haruslah 13-2-2025 10:27 PM
Hambar petang2
Chiwan dgn rara antara yg best waktu ptg
tahanie 14-2-2025 12:03 AM
Nooo i enjoy listening to her
bellaamsar 14-2-2025 12:18 AM
X best la dengar radio petang2 lepasni
kepingbewok 14-2-2025 12:24 AM
suria ptg paling best time kak rara,si kundur dgn tyzo.lps tyzo kena tendang,,,terus remove suria dr list fav
AcikCleaner 14-2-2025 12:27 AM
Kak rara nak jaga cucu kot..huhuhu
nuhanis 14-2-2025 12:30 AM
Tak bagi kesan kat aku. Sebab lepas abg tyzo takdak, mmg aku tak dengaq dah suria. Tetiba, acah penting sangat aku ni.  Hahaha.
balakkampung 14-2-2025 07:41 AM
mungkin dapat offer lagi best dari radio lain.
dekmieDandy 14-2-2025 09:15 AM
lepas tyzo keluar, susah jugak nak dengar suria petang tu, tunggu masa dia nak rasi dengan chiwan

sekarang dah best, dah sesuai ngan chiwan ngan khai, dia keluar pulak

back to spotify la nampaknya
airmineral 14-2-2025 09:35 AM
lepas tyzo kuar suria masuk ikim, iols dengar talk pasal gigi di ikim drpd doktor gigi di jab. kesihatan negeri (kalau xsilap) hostnya tyzo time tu..content tak rasa dry sebab gelak aje walaupun dgr ceramah kat radio pasal gigi
ardy 14-2-2025 09:39 AM
Suria dia bt rombakan besar. Kai pergi pagi dengan Ajak & Fizz.
DJ Lin malam minggu je.
Iman amek slot malam Isnin-Jumaat
Tp, setelah beberapa kali dengar Iman hujung minggu, dia xda aura sebagai DJ. Tetibe dia amek slot malam. Adakah Suria Cinta di bawa kendalian Iman atau Suria Cinta dibuang?

Janganlah buang Suria Cinta tu...
ardy 14-2-2025 09:39 AM
Suria dia bt rombakan besar. Kai pergi pagi dengan Ajak & Fizz.
DJ Lin malam minggu je.
Iman amek slot malam Isnin-Jumaat
Tp, setelah beberapa kali dengar Iman hujung minggu, dia xda aura sebagai DJ. Tetibe dia amek slot malam. Adakah Suria Cinta di bawa kendalian Iman atau Suria Cinta dibuang?

Janganlah buang Suria Cinta tu...
opie5662 14-2-2025 09:59 AM
Suria ni hamlau betul. Buat statement mcm rara yg taknak sambung. Sebenarnya diorg yg terminate. Tyzo je yg berani tunjuk apa yg suria ni buat sebenarnya. Bkn rara yg taknak sambung tp suria yg terminate.
BungaKencana 14-2-2025 10:23 AM
DJ Lin tu patut ditamatkan kerja ganti Kudsia uruskan Suria.. pggl balik geng2 DJ yg best.. mesti mencanak rating.
budakmanentah 14-2-2025 10:46 AM
Punyala dendam ngan tyzo sampai xmau sebut tu segment petang kak rara dengan tyzo. Baik terminate je dj lin kaki  mc tu
heythere123 14-2-2025 11:43 AM
oooo kak rara boleh pulak pihak suria consider nak sambung tapi tyzo theyols buang terus. Memang jelas la sebelum ni si nenek tu yang sakit hati dengan tyzo sampai sanggup buat camtu.
heythere123 14-2-2025 11:44 AM
Quote: nuhanis replied at 14-2-2025 12:30 AM
Tak bagi kesan kat aku. Sebab lepas abg tyzo takdak, mmg aku tak dengaq dah suria. Tetiba, acah pent ...

my mom pon camni. Terus sheols tak pasang langsung suria lepas tyzo kena buang
JunkMail 14-2-2025 11:51 AM
Aku tunggu je si nenek tua tu melingkup dgn suria fm ni sekali.
gorjeous 14-2-2025 11:59 AM
What!!! terminate.
awanysss 14-2-2025 12:07 PM
pastu nanti stesen radio lain offer kak rara dgn tyzo sama2 balik..
terus meletop ek nanti. tashabarrr
Lihat semua komen