Isu Semasa
Isu Semasa 14-2-2025 01:01 AM 29.9K Views
DescriptionPUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan berlaku insiden tahanan Akta Kesalahan K ...

ADVERTISEMENT


 


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan berlaku insiden tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dipukul di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Beliau berkata, perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Pengarah Penjara yang menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap dakwaan terbabit.

"Saya sudah menerima laporan penuh dan (dakwaan) insiden memukul itu tidak berlaku," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Mahlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan isteri kepada seorang tahanan SOSMA membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, mendakwa suaminya dipukul.

Wanita terbabit mendakwa suaminya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh, semalam selepas mengalami kecederaan serius, dipercayai akibat dipukul.

Mengulas mengenai laporan dibuat wanita terbabit, Saifuddin Nasution berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Yang berlaku adalah insiden mogok (membabitkan tahanan), apabila mogok berhari-hari, tidak ambil makanan dan tidak minum air, fizikal badan pun rasa lemahlah. Jadi, bila dibawa ke hospital terpaksa bawa dengan kerusi roda dan sebagainya.


"KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan Jabatan Penjara tiada apa-apa yang mahu disembunyikan," katanya.

Mengenai tindakan mogok oleh ahli keluarga tahanan SOSMA di luar penjara itu, Saifuddin Nasution berkata, kertas siasatan mengenai perhimpunan itu dikategori sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Jelasnya, laporan penuh berkaitan insiden mogok itu juga sudah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahad lalu, polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan dan tindakan mogok lapar oleh beberapa individu di hadapan Penjara Sungai Buloh, dipercayai membabitkan ahli keluarga tahanan SOSMA.


Kredit -– BH

Prev.:Pulau Pinang yakin mampu depani impak perubahan tarif AS – Kon Yeow

Next:Ryuta Watanabe, Lelaki Jepun ada 4 isteri mahu pindah Malaysia


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
shamsadis 14-2-2025 08:03 AM
kerajaan jangan gentar, mogok lapar ke, jangan tunduk...undang2 adalah undang2, jangan takut kuatkuasakan undang2
s@s@ 14-2-2025 08:30 AM
hmmmm.... titah agong pun berani sorok