Tempatan
Tempatan 14-2-2025 12:52 AM 30.5K Views
DescriptionPengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 70, bersyukur percutian yang dirancang bersama seluruh ahli keluarga ...

ADVERTISEMENT


 


Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 70, bersyukur percutian yang dirancang bersama seluruh ahli keluarga ke Switzerland tercapai, awal tahun ini.

Yusof berkata, lebih bermakna, percutian kali ini disertai Syamsul bersama anak-anaknya, sekali gus melupakan sengketa lama serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.


"Alhamdulillah, percutian ke Switzerland selama seminggu bersama 15 ahli keluarga termasuk besan iaitu ibu dan adik-adik pelakon Puteri Sarah Liyana.

"Puteri Sarah tidak dapat sertai percutian ini kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

"Selain Syamsul, adiknya yang juga pengarah muda Syafiq turut serta dalam percutian ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengenai percutian, kata Yusof, kali terakhir bercuti bersama Syamsul di London bersama Puteri Sarah pada 2017.


"Apa yang paling penting bukan kami, tapi anak dan cucu dapat bersatu dalam satu ikatan keluarga.

"Kami sudah di penghujung usia dan tidak mahu adanya krisis keluarga kerana dunia ini hanyalah sementara," katanya.

Terdahulu, Syafiq memberitahu bapanya, Yusof juga merancang percutian keluarga bersama Syamsul ke Eropah, tahun ini, sekali gus melupakan sengketa dan mengeratkan ukhuwah.

Syafiq berkata, ibunya, Datin Patimah Ismail bertanggungjawab menjadi 'mastermind' dalam merancang percutian berkenaan.

Sebelum ini, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.

Pada 5 September tahun lalu, Syamsul menceraikan Ira dengan talak satu selepas 21 bulan berkahwin.

Syamsul dilaporkan pulang ke rumah keluarga seminggu selepas bercerai.

Kredit -– BH

Prev.:“Masa Daftar Nikah, Pejabat Agama Kata Ini Perkahwinan Ketiga Dia” – Along Cham

Next:Penyanyi ditangkap khalwat pernah beberapa kali gagal dalam perkahwinan - "Dia turut mempunyai anak"


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
DARSITA 14-2-2025 04:05 AM

Besan pun sama sama pergi?

apa kah masih mengharapkan Puteri Sarah kembali menjalin hubungan dgn lelaki tak guna ini?

Ishhh benci baca!

MisXoXo 14-2-2025 06:08 AM
Mereka nk pasangan ni bersatu kembali..tgh berusaha ni..ishhh PS...xyah lahhh...run..gi cari lelaki lain..ke SY pun nak balik..haihhh..tak nakk tak nakkk
Tinot7 14-2-2025 07:25 AM
Ibu dan adik2 PS pun nak deme berbaik semula yach?
prince_marhaen 14-2-2025 07:52 AM
sian bighahhh zakar duk buat video nyanyi je kat rumah...ekekekekeke... btw, family PS dgn family toksop tak awkward ke eh... sbb mcm try hard sangat...maybe demi cucu, but still....awkward~~~~ si PS pun dok menggelitat ngan mamat indon tu kan...ke dah tak lagi?
3chanceno 14-2-2025 07:55 AM
Wah  siap dgn famili belah PS pun pergi sama cuti2 nie   Jgn pulak ada yg sakit hati bila tengok 2 famili nie baik sampai boleh gi holiday sama2.
Mungkin PS tak pergi sama, nak elak netizen spekulasi pasal hubungan depa.
MoonRise 14-2-2025 08:17 AM
Besan satu lagi nape tak bawak sekali.
Zeelalala 14-2-2025 08:18 AM
Biarlah kalau dorang nak bersatu balik sekalipun....mana tau sol sol dah betul2 tobat kekdahnya....miahahahahahaha
MissVixen 14-2-2025 08:27 AM
Takdenya dia berubah. Jumpa belen pandai menggoda, habis kena gantung tak bertali lagi. Lari jauh2 ps. Jilat ludah balik takde bahagia pun macam kes dd dan fk tu.
Cpkay 14-2-2025 09:19 AM
bagus begini.. harmoni je . ps mmg sengaja takmau ikutkah ?
Prickford 14-2-2025 09:39 AM
Quote: MoonRise replied at 14-2-2025 12:17 AM
Besan satu lagi nape tak bawak sekali.

Agaknya besan yg 1 lagi tu dipelawa tapi tak cukup dana. Besan yg PS ni berduit.
Skyz9183 14-2-2025 09:53 AM
Quote: 3chanceno replied at 14-2-2025 07:55 AM
Wah  siap dgn famili belah PS pun pergi sama cuti2 nie   Jgn pulak ada yg sakit hati bila ...

meol rsa mama ps & adik laki PS yg ikut tu more to utk tengok2 kn anak2 dia.. mna maunye sol handle anak2 sorg.
Incanto 14-2-2025 10:02 AM
Quote: Skyz9183 replied at 14-2-2025 09:53 AM
meol rsa mama ps & adik laki PS yg ikut tu more to utk tengok2 kn anak2 dia.. mna maunye sol handl ...

aku pun pikir camtu


cmf_premierleag 14-2-2025 10:52 AM
Bestnyee jenjalan pi swiss......Kalo tok sop dan sol perlukan tukang angkat beg ke, tolong tepukkan nyamuk ke, bleh pm tepi kat iols ya
September14 14-2-2025 10:54 AM
Bgus la hbgn fmly diorg x tputus… klu ps sy kembali bsama pun rasanya xde mslh… diorg yg tanggung. Frust, Menangis nanti pun dlm lambo kt paris, london, swiss
syamzana 14-2-2025 11:03 AM
bagus ye fmly camni, takde la lepas anak cerai berai besan kan main join sama bermusuh.
takde masalah pun nak berharmoni sebegini, wpun menantu tu hantu sgt peel jaman nikoh anak kite. berbesar hati je makpak ps tu.
bambimo 14-2-2025 11:03 AM
Edited by bambimo at 14-2-2025 11:06 AM

Tahniah...seronok tgk aman damai..
Best betul jd kesayangan MIL hehehe
So mana2 ambil la pengajaran..
air d cincang takkan putus..apa2 dia pasti balik pd family dia
Yg kesian perempuan la.konon cinta jagung
awanearisu 14-2-2025 11:13 AM
Bahagia pula melihatkan hubungan anak dan ibu kembali jernih. Erat pelukan Sol ke Datin.
doubleA 14-2-2025 11:17 AM
Besan bininya sapik setad setazah geng pun pergi ke? Kena sewa bas la camni untung syaikhul sumayyah lahir dalam dulang emas, nangis pun sesambil kira emas
cm_vungtau 14-2-2025 11:19 AM
Kosser aku kalau jadi mak PS nak baik2 dengan family menantu. Tapi sebab berduit kot
Lihat semua komen