Tempatan
Tempatan 14-2-2025 12:47 AM 41.2K Views
DescriptionPELAKON Fikry Ibrahim langsung tidak berniat merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengeta ...

ADVERTISEMENT



Screenshot 2025-02-13 223657.png


PELAKON Fikry Ibrahim langsung tidak berniat merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.

Sebaliknya kata Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, dia enggan menghebahkan perkara belum pasti kepada peminat.

“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi," katanya.

Fikry menjelaskan perkara itu menerusi program Melodi yang dikendalikan bersama Ain Edruce pada malam Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela, Fikry menyangkal tanggapan tersebut.

Screenshot 2025-02-13 223724.png


Jelas Fikry, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul selepas ini.

Tambah aktor itu, walaupun sudah bergelar suami namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

“Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin... Itu salah!

“Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” jelasnya.

Sementara itu, Fikry menjelaskan isterinya iaitu Khalizah Alihan bukan berasal dari Kedah tetapi Sarawak.

Kata Fikry, dia terhutang budi dengan Khalizah kerana isterinya itu sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang dia sedang menjaga ibu di Kedah," ujarnya.

Pada Rabu, Fikry dan Khalizah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.

Kredit : mstar

Original author: Raline

Prev.:Ramai mula menjauhi Rozita Che Wan, hutang Mara RM1 juta sudah langsai

Next:Tipu lebih RM100,000 ‘bantu’ kes Along Cham, ‘Ika’ mengaku tak bersalah!!


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
kepompong 13-2-2025 10:50 PM
Nana taknak tolong jaga ibu kat kampung ke #tanyajer

galleria23 13-2-2025 10:52 PM
So kahwin sebab terhutang budi ke?
Barebow77 13-2-2025 10:57 PM
Kira mcm nak menjaga batasan aurat lah nie..kan perantin lelaki sangat menjaga aurat..so halalkan jerlah..
kepompong 13-2-2025 10:58 PM
Rugi shu tak offer jaga mak kat kedah nun
Managerara 13-2-2025 11:02 PM
Quote: kepompong replied at 13-2-2025 10:58 PM
Rugi shu tak offer jaga mak kat kedah nun

Kannn..dah dekat ngan perlis.
Nape mak fikry sakit ape???
penmerah 13-2-2025 11:08 PM
Takpelah... Though tak santek, Tua Dan mcm kawin paksa at least isteri Tu mau Jaga mak mertua

Tak ramai ye Pompuan Lepas kawin terus sarung apron nurse/maid utk Jaga mertua
penmerah 13-2-2025 11:15 PM
Quote: kepompong replied at 13-2-2025 10:58 PM
Rugi shu tak offer jaga mak kat kedah nun

Buang energy je cirit mcm hamak fikry aritu namun fikry jeling pun idok

Bagus lagi fikri kawen makjan ni ... Sanggup makjan ni Jaga mertua

.....
Tapi akak mcm tak berapa setuju laki Cari Bini utk Jaga his mum
Mungkin fikry Kasi elaun Bini lebih
Kalo laki akak ajak kawen Dan Jaga his mum akak awal2 cabut lari
Mulia Hati makjan ni Dan wanita2 yg rela Jaga mertua
limau_lemon 13-2-2025 11:16 PM
Cover line sangat jawapan heols Ni. Muka he takde seri pengantin langsung
woven11 13-2-2025 11:17 PM
Quote: kepompong replied at 13-2-2025 10:50 PM
Nana taknak tolong jaga ibu kat kampung ke #tanyajer

Lama budak fikry ni mengorat ct nana dulu.. tak ade jodoh
Mizlyn 13-2-2025 11:22 PM
Tahniah.. Punya la banyak anak dara.. Mak jan juga pilihan hati fakry.. Untung lerrr
ainonymous 13-2-2025 11:44 PM
Quote: Mizlyn replied at 13-2-2025 11:22 PM
Tahniah.. Punya la banyak anak dara.. Mak jan juga pilihan hati fakry.. Untung lerrr

mak jan ke sis? nampak mcm tua sikit dari heols
Mizlyn 13-2-2025 11:49 PM
Quote: ainonymous replied at 13-2-2025 11:44 PM
mak jan ke sis? nampak mcm tua sikit dari heols

Katanya bekas laki she bob azrai.. Ex aida aris
becir 13-2-2025 11:54 PM
Edited by becir at 14-2-2025 12:00 AM

Mak fikry ni dah 80 thn ke uzur benar bunyiknya
Lampuled 13-2-2025 11:54 PM
Diaorg kenal  mcm mn? Fikry ni anak tunggal ke? Bagusnya wife dia sanggup nk ambik tanggungjwb tu. Bkn senang. Tp muka pengantin perempuan mmg nmpak excited betul bersuamikan fikri. Semoga bahagia dan jodoh berpanjangan selamanya
TeropongThaico 14-2-2025 12:15 AM
Takpe la happy tak happy skrg moga kekal bahagia nnt2
nuhanis 14-2-2025 12:18 AM
Ramai ya komen muka dia serius. Aku tengok nampak muka dia macam lemah longlai tak bermaya. Kehkeh.
piahsemah 14-2-2025 12:20 AM
Quote: becir replied at 13-2-2025 11:54 PM
Mak fikry ni dah 80 thn ke uzur benar bunyiknya

I pernah baca tu bkn mak kandung,x slp i nenek dia
Kalau i slh tlg betulkan yer
Baguslah budak ni jaga mak dia,bertanggung jawab
bintangct 14-2-2025 12:21 AM
bini dia takde kerjaya sendiri ke? dgr hari tu founder kan
Awal² boleh la jaga kut Doa yg baik² la
AcikCleaner 14-2-2025 12:26 AM
Tahniah fikry walopun muka macam kawen terpaksa..good luck la wife fikry melayan karenah ibu mentua yg kurang sihat
Lihat semua komen