Isu Semasa
Isu Semasa 13-2-2025 11:23 PM 20.9K Views
DescriptionBEIJING – China menubuhkan pasukan pertahanan planet selepas saintis-saintis mengesan seketul asteroid bersaiz besar se ...

ADVERTISEMENT


 


BEIJING  –  China menubuhkan pasukan pertahanan planet selepas saintis-saintis mengesan seketul asteroid bersaiz besar sedang meluncur ke Bumi, lapor laman berita Devon Live semalam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) serta Agensi Angkasa Eropah meletakkan asteroid 2024 YR4  dalam senarai ancaman serius berikutan kebarangkalian ia menghentam Bumi agak  tinggi.

Asteroid itu digelar sebagai ‘pemusnah negara’ kerana boleh memusnahkan rantau  yang luas. Letupan yang berlaku sekiranya 2024 YR4 melanggar Bumi,  adalah 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri  China untuk Pertahanan Negara kini merekrut untuk jawatan ‘pertahanan planet’.

Badan itu sedang merekrut orang ramai untuk menghasilkan cara mengesan, memantau dan mungkin memesongkan asteroid YR4. 

Penyelidik Pusat Sains Angkasa Kebangsaan Akademi Sains China, Li Mingtao berkata: “Kita bukan sahaja perlu mengukuhkan konfigurasi dan prestasi peralatan secara menyeluruh, malah mewujudkan pasukan bakat yang berdedikasi untuk pertahanan Bumi.”

Beijing mendedahkan rancangan untuk menghentam asteroid tersebut dengan kapal angkasa bagi mengubah laluannya. 


Mingtao berkata, jika asteroid YR4 menghentam Bumi, ia berkemungkinan akan hancur dalam atmosfera atau terhempas di  lautan.

Namun jika malapetaka ini berlaku, gelombang kejutan dan radiasi boleh memusnahkan bandar bersaiz sederhana serta mencederakan berpuluh-puluh ribu orang.

Asteroid YR4 diramal tiba di Bumi pada 2 Disember 2032. – AGENSI 

Prev.:Lelaki didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring TPM

Next:Pindaan Akta Perhimpunan Aman selaras gagasan Madani


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Orenn1 13-2-2025 11:38 PM
Biar kita mampos semua
Naftalena 14-2-2025 12:10 AM
I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where a moment spent with you is a moment I treasure
Don't wanna close my eyes
I don't wanna to fall asleep
'Cause I'd miss you baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you (even when I dream)
The sweetest dream would never do
I'd still miss you baby
And I don't wanna miss a thing
kakikuDibibirmu 14-2-2025 12:21 AM
Sepatutnya dah utus seorang Nabi untuk bina roket ke Marikh guna papan kayu, eh, ...
Belibis 14-2-2025 08:40 AM
Ironinya puak ni la paling banyak merosakkan bumi..
Dwdrum 14-2-2025 12:05 PM
Quote: kakikuDibibirmu replied at 13-2-2025 08:21 AM
Sepatutnya dah utus seorang Nabi untuk bina roket ke Marikh guna papan kayu, eh, ...


Perlu ke rocket apabila boleh guna sword?
vespa_oren 14-2-2025 12:06 PM
Ini cerita movie fiksyen k
sepiITUindah 14-2-2025 12:22 PM
takut mati yakk
plywood 14-2-2025 12:43 PM
Baguslah china pun dah ada pandangan untuk melindungi kehidupan manusia.

harap semua kuasa besar dunia ada perancangan untuk elak kiamat ni.. jika perancangan satu negara tak jalan negara lain masih ada backup
TeropongThaico 14-2-2025 02:01 PM
Diarg kan takut mati...
Belanje banyak mahal lo
capiloton 14-2-2025 06:04 PM
masih lagi kena tipu dengan zionist,
zionist edukesyen,
kena program sejak baby

tak pernah dalam sejarah manusia,
asteroid jatuh di bumi.
itu semua dalam movie hollywood  

primarikey 14-2-2025 06:22 PM
Nk jd penyelamat bumi konon
Ada ke yg percaya ni
slavehunter 24-2-2025 03:45 PM
Quote: capiloton replied at 14-2-2025 06:04 PM
masih lagi kena tipu dengan zionist,
zionist edukesyen,
kena program sejak baby

Ehehehhe..   Suka kena tipu dengan fake scientist.
Atas langit kita ni ada water.
Kalau tanya dekat sheep memang percaya asteroid.
Nasa pun tak dapat penetrate lapisan tu.
lipans 25-2-2025 11:10 AM
One day, mereka akan lepaskan anak panah (roket) ke langit, dan roket tu kembali dengan kesan darah. Berbangga mereka kerana mendakwa berjaya bunuh alien.

Waktu tu, tiada siapa pun yg mampu mengalahkan mereka hatta nabi Isa sekalipun.
kakikuDibibirmu 25-2-2025 07:10 PM
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...