Isu Semasa
Isu Semasa 13-2-2025 10:59 PM 14K Views
DescriptionTrump diminta jual negeri California, harga lebih RM4 trilion Oleh KOSMO!13 Februari 2025, 1:02 GAMBAR fail taman ...

ADVERTISEMENT


 


COPENHAGEN –  Aktivis-aktivis Denmark melancarkan petisyen untuk membeli negeri California pada harga AS$1 trillion (RM4.47 trilion), lapor laman berita metro.co.uk semalam.

Ia dilancarkan susulan rancangan Presiden Donald Trump yang mahu Denmark menyerahkan wilayah miliknya,  Greenland kepada Amerika Syarikat (AS).

Kempen itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli negeri AS itu dan menjadikannya sebahagian daripada jajahan Denmark.

Setelah membelinya, Copenhagen dilaporkan akan mengembangkan budaya Denmark di California dan menamakan semula taman tema Disneyland di negeri itu kepada ‘Hans Christen Andersonland’.

Setakat ini, kempen satira itu memperoleh lebih 200,000 tandatangan. Slogan kempen tersebut ialah ‘Jadikan California hebat semula’.
“Jom beli California daripada Donald Trump,” kata laman web kempen itu. – AGENSI


Original author: FOTHER-MUCKER

Prev.:Projek KB Sentral masih dilanda kemelut

Next:IQ rakyat Malaysia di tangga ke-8 Asia, ke-22 dunia. Indonesia berada di tangga ke-19 di Asia dan ke-98 dunia


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
B40tastePosh 13-2-2025 04:02 PM
CALIFORNIA, DENMARK

Memang California nak merdeka pun kan.
Decaffeinated 13-2-2025 10:34 PM
California tu lebih kaya dari UK, Denmark nak beli macam mana?

amik la contoh beli Alaska ka, tu pun kalau mampu lah.
Orenn1 13-2-2025 11:14 PM
Selama ni setiap kali election kat amerika tak habis2 dorg duk mentioned denmark tak berhenti2, inilah peluang ummah Cali nak jadi part of denmark, enjoy all d benefits being part of denmark, edu free, kesihatan free, paid holidays, paid maternity leaves up to a year, jadi jobless pun ada gaji up to two years, dpt holiday money, byk lah jugak klu nak ikut dr amerika tu lol huh. Klu nak best lagi jadi part of norway, lagi best kjaan norway bagi kat ummah dia, menangisss org lain dgr
namemysoul 14-2-2025 12:29 AM
La, beli buat aper, tuka suka sama suke le...hehehehe
Dwdrum 14-2-2025 07:26 AM
Denmark reaction greenland issue lawak...sekarang greenland demand untuk independence... Dari mahu beli california lebih baik jaga semi autonomous territory dahulu....