Isu Semasa
Isu Semasa 13-2-2025 08:22 PM 15.9K Views
DescriptionWASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin hampir diberi kuasa bagi membeli Greenland yang kini ...

ADVERTISEMENT


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin hampir diberi kuasa bagi membeli Greenland yang kini milik Denmark, lapor akhbar Metro UK kelmarin

Anggota Kongres daripada Parti Republikan, Buddy Carter, 67, mengusulkan rang undang-undang (RUU)  yang akan memberi kuasa kepada Trump untuk mengadakan rundingan bagi mendapatkan wilayah itu.

Dalam RUU tersebut, Greenland dicadang  dinamakan semula sebagai tanah Merah, Putih dan Biru iaitu warna bendera AS.

wq.PNG


“Tidak lama lagi, Amerika Syarikat akan menjadi lebih besar daripada sebelumnya dengan penambahan tanah Merah, Putih dan Biru.

“Presiden Trump telah mengenal pasti pembelian kawasan yang kini dikenali sebagai Greenland sebagai keutamaan keselamatan negara.

“Kami dengan bangga  akan mengalu-alukan rakyatnya (Greenland) untuk menyertai negara paling bebas yang pernah wujud ini,” kata Carter yang merupakan wakil rakyat negeri Georgia.

RUU itu dikenali sebagai Akta Merah, Putih dan Biru 2025.

Ia mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk memastikan bahawa Greenland dinamakan semula dalam dokumen dan peta persekutuan dalam masa 180 hari.

RUU itu bagaimanapun akan dikaji terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa sebelum dibentangkan untuk sesi pengundian di Dewan Perwakilan dan seterusnya, Dewan Senat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen berulang kali menyatakan bahawa Greenland tidak akan dijual.

Sumber: Kosmo

Original author: Raline

Prev.:NASA buat persiapan kecemasan asteroid hentam Bumi

Next:Persediaan masuk sekolah- Dua orang dah habis RM1,500, kalau anak ramai macam mana?


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
zuuu 13-2-2025 06:08 PM
jadi dari greenland berubah ke red,white and blue land???
cmf_jeangrey 13-2-2025 06:45 PM
Psycho tua..

Orenn1 13-2-2025 06:55 PM
Greenland tu ada kjaan sendiri, denmark cuma support bagi duit je sbb dorg tak mampu lagi nak survive sendiri, lps tu greenland dinaungi bwh raja denmark. Mcm australia semua tu.
lucky_peace 13-2-2025 07:04 PM
Tgk kt google maps, gulf of mexico pon dah ditambah dalam kurungan gulf of America.
kakikuDibibirmu 13-2-2025 07:10 PM
Tanah merah kelantan darul budu
Orenn1 13-2-2025 07:14 PM
Meh ambil kelantan trump oiiii, kami bagi free kut boleh ubah taraf hidop rakyat sana. Tunggu lobai dah 40 tahun mcm tu jugakk, sampaii kerap dgr rakyat nak bunuh diri takde keja. Meh sini dtg ambil kat msia sekepingtanah, make kelantan a great state
Orenn1 13-2-2025 07:15 PM
Org kelantan nak tak lol kohkohkohh
Orenn1 13-2-2025 07:16 PM
Tolong propose kat trump suruh dtg ambil kelantan
Decaffeinated 13-2-2025 10:06 PM
Amerika tidak tersilap memilih presiden. Aku tak terkejut benda ni akan jadi.