Isu Semasa
Isu Semasa 13-2-2025 01:19 AM 30.3K Views
DescriptionWASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan kecemasan untuk menang ...

ADVERTISEMENT


 


WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan kecemasan untuk menangani asteroid ‘pembunuh bandar raya’, lapor akhbar Metro UK semalam.

Langkah itu dibuat selepas timbul kebarangkalian lebih tinggi bahawa batuan angkasa itu diramal menghentam Bumi pada 2032.

Ahli-ahli astronomi kini memantau Asteroid 2024 YR4 yang pada masa ini mempunyai peluang 2.3 peratus untuk berlanggar dengan Bumi.

Batuan selebar 91.44 meter itu  mempunyai saiz sama dengan Patung Liberty di New York atau Menara Jam Big Ben di London. Ia telah berada dalam senarai pantauan NASA selepas pertama kali ditemui pada Disember 2024.

Asteroid itu kini meluncur laju ke arah Bumi pada kadar yang membimbangkan.

“Ahli-ahli astronomi di seluruh dunia menggunakan teleskop berkuasa untuk mengukur orbit asteroid itu setepat mungkin,” kata jurucakap Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Pihak NASA telah meminta bantuan daripada Teleskop Angkasa James Webb untuk mengkaji YR4 dan mengukur berapa banyak kerosakan yang akan berlaku jika ia menghentam Bumi.

Berdasarkan pengiraan semasa, hentaman YR4 akan menjadi lebih kurang sama dengan asteroid Tunguska yang meratakan kawasan seluas 2,150 kilometer persegi hutan Siberia, Russia pada tahun 1908. – AGENSI

Prev.:Pelancong ‘lepas hajat’ dekat kereta timbalan ketua polis

Next:Amerika nak tukar nama Greenland jadi tanah Merah, Putih dan Biru


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
gigahertz 13-2-2025 01:33 AM
apa nama lagu bonjovi tu
kakikuDibibirmu 13-2-2025 01:37 AM
Ni kecemasan ke kencing masam?
ninja boy 13-2-2025 02:01 AM
Penat ja perang bercakar sesama manusia ukraine russia china taiwan amerika palestine iran hujung2 asteroid pergi gegar manusia
Perawankota 13-2-2025 02:38 AM
Quote: gigahertz replied at 13-2-2025 01:33 AM
apa nama lagu bonjovi tu

I dont want miss a thing
PULANGKAN 13-2-2025 03:31 AM
selalunya kalau ikut plot, benda2 camni jatuh kat USA dulu

tapi incase kalau ada raksasa alien, kaijuu ke, maybe jatuh kat Jepun

either way, katanya negara China dah pacak bendera kat asteroid tu. tiberh
nisako 13-2-2025 08:19 AM
wow jatuh kt mana tu nanti
copy_paste 13-2-2025 09:59 AM
2.3% utk berlanggar dgn bumi,
cmne diorg leh dpt pengiraan tu,
berapa byk simulasi yg diorg da buat
green~tea 13-2-2025 10:45 AM
Quote: copy_paste replied at 13-2-2025 09:59 AM
2.3% utk berlanggar dgn bumi,
cmne diorg leh dpt pengiraan tu,
berapa byk simulasi yg diorg da buat ...

Nak justify belanja utk budget.. kalo tak buat gelabah tetek, nnti org tak caya plak approved budget tu
gigahertz 13-2-2025 10:56 AM
Quote: Perawankota replied at 12-2-2025 06:38 PM
I dont want miss a thing

ni dalam filem armageddon yang ada chris benoit tu kan
salimrock 13-2-2025 11:14 AM
Quote: gigahertz replied at 13-2-2025 10:56 AM
ni dalam filem armageddon yang ada chris benoit tu kan

lepas ni diorang akan hantar para pencari gali minyak utk gali asteroid, letak bom, pastu letup kan...


oh ya, semua negara2 di dunia kena kongsi2 bayar cost utk melekkan bom kt asteroid, kalo tak , tak adil la kan, USA je bayar semua kan?


kalo tak bayar?

haha usa akan hantar asteroid hantam negara korang...
plywood 13-2-2025 11:22 AM
Quote: copy_paste replied at 13-2-2025 09:59 AM
2.3% utk berlanggar dgn bumi,
cmne diorg leh dpt pengiraan tu,
berapa byk simulasi yg diorg da buat ...

kecil percentage dia. Tp kemungkinan tetap ada...

Tempat yg kena hempap memang hancurlah

sepiITUindah 13-2-2025 11:58 AM
sebijik asteroid kalut nak mamm
ko bom negara org tak ada lak belas ehsan
FOTHER-MUCKER 13-2-2025 12:08 PM
Orthodox Jews percaya apabila palestin di kuasai oleh Jews maka hampirnya dengan kiamat.
lipans 13-2-2025 12:14 PM
habislah dinosaur bernama manusiasaurus.
zuuu 13-2-2025 03:42 PM
2032 tu belum tentu lagi masih hidup atau x...
syamzana 13-2-2025 03:45 PM
Quote: lipans replied at 13-2-2025 12:14 PM
habislah dinosaur bernama manusiasaurus.

comel2 dinasour zaman kini kecuali peel jela kalah setan
clueless_gamer 14-2-2025 04:11 AM


sape nak beli pop corn?
gigahertz 15-2-2025 12:15 AM
Quote: salimrock replied at 13-2-2025 03:14 AM
lepas ni diorang akan hantar para pencari gali minyak utk gali asteroid, letak bom, pastu letup ka ...

dalam cerita amirgendut tu yang ada India , hongkong , ngan U.S je
malaysia x nampak kelibat.
cmf_jeangrey 15-2-2025 12:25 AM
Quote: salimrock replied at 13-2-2025 11:14 AM
lepas ni diorang akan hantar para pencari gali minyak utk gali asteroid, letak bom, pastu letup ka ...

Bukan ke mereka penyelamat dunia? Hero yg letak batu dlm asteroid tu pun American juga..tak termasuk pasukan superhero marvel...kita nk berhabis nafas menolong pun hujung2 kredit semua kt dia



Lihat semua komen