Isu Semasa
Isu Semasa 13-2-2025 01:18 AM 28.6K Views
DescriptionPATTAYA – Sebilangan pelancong di Thailand membuang air kecil dan besar berhampiran kereta milik Timbalan Ketua Polis d ...

ADVERTISEMENT


 


PATTAYA – Sebilangan pelancong di Thailand membuang air kecil dan besar berhampiran kereta milik Timbalan Ketua Polis di Pattaya, lapor laman berita The Pattaya News kelmarin.

Ia berlaku selepas tandas balai polis bandar itu ditutup kerana bekalan air terputus.

Menurut wartawan tempatan, terdapat kumpulan pelancong tempatan dan asing kerap berkumpul di hadapan Balai Polis Pattaya untuk menikmati minuman dan suasana tepi laut. 

Bagaimanapun, ujarnya, ramai pelancong bergantung kepada tandas balai polis untuk melepaskan ‘hajat’ mereka. 

Baru-baru ini, anggota polis meletakkan notis di pintu masuk yang menyatakan bahawa bekalan air telah terputus, menyebabkan tandas tidak beroperasi sejak tiga hingga empat hari lalu.

Ini menyebabkan beberapa pengunjung terpaksa menggunakan tandas persendirian berhampiran dengan bayaran 5 baht (RM0.65) hingga 10 baht (RM1.30).

Beberapa pelancong bagaimanapun bertindak membuang air kecil berhampiran pintu masuk rumah pangsa polis di tepi jalan berhampiran.

Seorang daripada mereka dilaporkan membuang air besar berhampiran kereta Timbalan Ketua Polis Pattaya.


Tidak dinyatakan mengenai sebarang tindakan yang mungkin diambil ke atas mereka. – AGENSI

Prev.:Kental! Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump

Next:NASA buat persiapan kecemasan asteroid hentam Bumi


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
BoongaKertas 13-2-2025 09:06 AM
ingatkan mahal sgt masuk toilet. ya ampun, g negara org tu bwk2 lah jd manusia bertamadun. yih!
SalenaGomez 13-2-2025 10:42 AM
Pelancong dari india kah?
krustykrab 13-2-2025 10:52 AM
Nama je pelancong tapi kedek ya ampornnn. Kalau dh tau diri tu miskin hina dina+ buruk adab jgn la pi melancong. Lebih baik ko melacor.
lipans 13-2-2025 12:22 PM
Jalan-jalan, tetiba pyek... terpijak tinja.
sambaldurian 13-2-2025 02:26 PM
Pergi balai polis semata2 utk guna toilet ? ( ni citer time air x potong). Eh boleh eh.