Isu Semasa
Isu Semasa 12-2-2025 11:37 PM 18.7K Views
DescriptionMemang tidak dinafikan, harga makanan di luar sana semakin mahal dan ramai berpendapat hampir mustahil untuk mendapatkan ...

ADVERTISEMENT





Memang tidak dinafikan, harga makanan di luar sana semakin mahal dan ramai berpendapat hampir mustahil untuk mendapatkan sesuatu pada harga bawah RM10 lagi.

Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi tentang tawaran makanan yang cukup berbaloi buat mereka yang mempunyai sumber wang yang terhad.

Apa yang menariknya pelbagai aneka makanan yang dijual pada harga RM3.90 untuk nasi berlauk atau RM5 untuk burger di pasar raya terkemuka AEON.

Walaupun makanan-makanan ini dipercayai adalah hasil potongan selepas sudah melepasi tempoh pukul 8 malam, ia masih kelihatan segar dan menyelerakan.

Susulan itu, seorang netizen lain meluahkan rasa pelik apabila suatu ketika dahulu kita sedang sesak, pasti akan pergi ke pasar malam kerana harganya yang murah.

Kini keadaan bertukar pula apabila makanan yang ditawarkan di pasar raya tampak lebih mesra poket berbanding beli di pasar malam.

“Dulu2, bila sesak, makan di pasar malam. Sekarang, bila sesak, makan di pasar raya,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan bebenang, para netizen turut mengiyakan kenyataan tersebut dan mendedahkan harga makanan di pasar malam boleh dikatakan tidak masuk akal.

“Tak suka pasar malam. Paling kurang harga mesti RM5 seolah-olah itu lah harga yang paling murah. Bila orang tak beli, kata berkira. Memang kena kira masalahnya,” kata seorang netizen.

“Makanan pasar malam pulak yang jual harga T20 hahahaha makanan mall berebut jual harga rahmah,” ujar seorang lagi.

“Pasar malam kat KL mahal yang amat. Tu belum bazar Ramadhan lagi,” keluh seorang lagi.

Itu belum lagi bercakap hal kualiti dan penyediaan makanan yang rendah tetapi dicaj harga bak restoran pula.

Agak mengejutkan ada yang mendakwa peniaga yang menjual air balang jauh lebih mahal daripada makanan. Oleh itu, ramai yang berkata mereka lebih selesa masal di rumah atau pergi ke restoran yang tampil lebih berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Original author: vanillaessence

Prev.:Dapat Elaun Khas RM15,000, Surat Tawaran Tulis Kena Mula Kerja Hari Sabtu!

Next:Tindakan Israel di Palestin adalah 'projek kolonisasi', kata Anwar


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
rospinki 12-2-2025 02:25 PM
ya iols pun kadang tapau yg ni kt aeon utk lunch
SalenaGomez 12-2-2025 02:30 PM
Quote: rospinki replied at 12-2-2025 02:25 PM
ya iols pun kadang tapau yg ni kt aeon utk lunch

Iyaaa… rasa dah tentu sedap dan konsisten. Kalu pasar malam tu xtahulah nak komen mcm mana dah.
bluebutter 12-2-2025 08:48 PM
Tapayalah ke pasar malam tu, mahal!!!.

Pergi je econsave or Aeon.
Jimat Dan bersih.
Pasar malam, hmmppph bertahun I tak pergi.
Jitu 12-2-2025 08:58 PM
bukan dah lama ke
dulu2 masa duk kl selalu beli roti je kat aeon ni bila waktu nak tutup dpt rega murah

pasar mlm lama dah tak pergi
takde benda nak cari pun
best lagi pasar pagi blh cuci mata
Firenzza 12-2-2025 08:58 PM
Pasar mlm la ni cuma golongan t20 je yg mampu beli, harga x masuk akal. Peniaga ni kena ingat korang niaga xde la bayar sewa tapak mcm rega dewan kerja kawin, agak2 la klau nk potong leher
delia3003 12-2-2025 10:13 PM
Stall tepi jalan, takde bayar sewa pun harga sama dengan kat kedai.
emera 12-2-2025 10:26 PM
Duluuuuuu aku selalu beli rojak buah dgn laksa kat satu makcik ni.. kat pasar mlm sri gombak. Tiap2 minggu beli sbb jln kaki je gi pasar mlm tu. Groceries aku beli kat mini market dekat kedai2 sri gombak tu jugak. Sekali tu konon pikir kat pasar mlm lg murah, aku gi beli ikan kat 1 gerai ni. X tanya harga, teru sambar sekor bawal hitam. Kecik je sbb makan 2 org.. hambek kau dekat RM20 . Gelak je lah. Sejak hari tu sampai skrg, aku dh x pegi pasar mlm. Aku pi dah merata2, x pandang pasar malam sbb pasar malam utk ongkaye
rospinki 12-2-2025 10:44 PM
Quote: SalenaGomez replied at 12-2-2025 02:30 PM
Iyaaa… rasa dah tentu sedap dan konsisten. Kalu pasar malam tu xtahulah nak komen mcm mana dah.

Kan..semalam tapau nasi Ayam goreng kunyit serious sedap sambal dia pedas Dan sedap. Ada nasi daging sambal hijau, paru belado sambal udang petai mcm2 la. Jgn Kan pasar malamkt rest area situ mahal nk mams adeke dia kira satu2 kita beli nasik cmpo dia kira satu2 nasik lain sayur lain jdi rm17.50 utk nasi lauk Ayam kari togey sambal. Rasa xsdp macm dimasak org konoha.
Orenn1 12-2-2025 10:54 PM
Pnh makan kat eon, sedaplah, pulut kuning dgn rendang, sedap giler, mmg murah. Lps tu byk makanan jepon
TeropongThaico 13-2-2025 12:28 AM
Dlm fb kata murah
Dlm ni pun kata murah
Apsal tpt aiol tgk mahal je
lanacondor 13-2-2025 12:55 AM
Setakat ni pegi pasar malam tmpt meolz Masih lagi harga marhaen.. part sedap tu kene pandai2 pilih peniaga la. mgkin tempat2
lain area betul2 town harga mahal..
Itzy 13-2-2025 01:35 AM
Aku selalu pergi pasaraya G kat tempat aku ni, dulu selalu gak la beli pizza kek roti dia jual kat rak2 dia tu, sekali aku nampak lipas dok atas pek2 kek roti tu, geli geleman aku nak beli, aku cuma akan beli makanan yang dia masak fresh time tu saja. Kalau nampak dia dah letak lama kat rak2 tu sampai sejuk, memang aku takkan beli sebab teringat kes lipas tu.
PULANGKAN 13-2-2025 03:46 AM
Iols pun suka makan okonomiyaki aeon. sushi dia pun sedap bagi iols. tinggal harapkan takoyaki je jual pulak kat aeon. yummm

nasi lemak dengan nasi ayam dia pun not bad
sambil2 tu, ambil bau laksa panas dalam aircond. omg, perut berkeroncong terus
vanillaessence 13-2-2025 07:43 AM
[twitter]https://twitter.com/sjfi_twider/status/1888171587209478370[/twitter]
nisako 13-2-2025 08:18 AM
eon mmg ok makan dia
toynme 13-2-2025 08:27 AM
Quote: TeropongThaico replied at 13-2-2025 12:28 AM
Dlm fb kata murah
Dlm ni pun kata murah
Apsal tpt aiol tgk mahal je

murah..pegi lepas pkl 6 pun dah ada discount
mydin pun ada murah
lurve82 13-2-2025 08:32 AM
Last week beli mmg ok walaupun dah mlm ye. Sbb beli barg dapur dh lewat. Kebetulan mmg ada dkt situ beli je la. Tp pjg plak beratur. But still Worth it
johan-adx 13-2-2025 08:34 AM
geng psr mlm dgn meniaga tepi jln depa nak pakai vellfire..
mejaputih 13-2-2025 08:37 AM
Quote: TeropongThaico replied at 13-2-2025 12:28 AM
Dlm fb kata murah
Dlm ni pun kata murah
Apsal tpt aiol tgk mahal je

Kwna beli slps kul 8pm...tp tak sihat mkn slps 8pm..so simpna dlm fridge utk panaskan mkn esok hari.
Lihat semua komen