Isu Semasa
Isu Semasa 12-2-2025 02:24 PM 11.4K Views
DescriptionKuala Lumpur: Sebuah kapal induk buatan Republik Turkiye, Multi Purpose Mission Ship (MPMS) bakal menjadi aset baharu ba ...

ADVERTISEMENT


 


Kuala Lumpur: Sebuah kapal induk buatan Republik Turkiye, Multi Purpose Mission Ship (MPMS) bakal menjadi aset baharu bagi memperkukuh keupayaan pertahanan dan penguatkuasaan maritim negara.

Perolehan kapal berteknologi tinggi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu adalah langkah strategik kerajaan.

Ketua Pengarah Maritim Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, ia keputusan tepat kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Beliau berkata, syarikat Desan Shipyard dari Turkiye dipilih bagi pembinaan kapal itu berdasarkan merit, selain kepakaran dan keupayaan syarikat berkenaan dalam industri pertahanan negara itu yang diiktiraf peringkat dunia.

"Kapal berteknologi tinggi ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun 2027 dan bakal menjadi aset penting dalam mengawal perairan negara.

"Dilengkapi spesifikasi canggih, MPMS mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti, selain dilengkapi aset moden iaitu empat bot pemintas pantas (FIC), dua dron udara tanpa pemandu (UAV), termasuk mempunyai helideck, fasiliti perubatan serta pusat tahanan.

"Kapal berukuran 99 meter dan mampu memuatkan 70 orang kru serta 30 penumpang itu akan memberi tumpuan kepada pengawasan di Laut China Selatan khususnya dalam menangani pencerobohan vesel asing, aktiviti penangkapan ikan haram, membanteras jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan serta pemerdagangan manusia," katanya.



Beliau terdahulu menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Kompleks Seri Perdana, di sini, semalam.

Memorandum berkenaan diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman manakala pihak Republik Turkiye diwakili Pengerusi Lembaga Desan Shipyard, Mr Cenk Ismail Kaptanoglu.

Majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan.

Mengulas lanjut, Mohd Rosli berkata, perolehan kapal MPMS itu menandakan satu lonjakan besar dalam keupayaan operasi Maritim.

Katanya, pemeteraian perjanjian itu sejajar usaha Malaysia untuk memperkukuh keselamatan maritim menerusi kerjasama antarabangsa.

"Dengan termeterainya perjanjian ini, Maritim Malaysia optimis hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan maritim akan terus diperkukuh, sekali gus memberi manfaat besar kepada keselamatan dan kestabilan perairan negara," katanya.

Sumber : Harian Metro

Prev.:Mahkamah arah kerajaan, Razak Baginda bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya

Next:PATI melekat macam ‘spiderman’ di siling, tangki air elak dicekup


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Inigo-Montoya 12-2-2025 03:00 PM
lama betul 2027..negara lain makin bertambah2 kita ni negara maritim patut banyak kapal
Decaffeinated 12-2-2025 03:10 PM
Quote: Inigo-Montoya replied at 12-2-2025 03:00 PM
lama betul 2027..negara lain makin bertambah2 kita ni negara maritim patut banyak kapal

Duit habis bagi sabsidi kepentingan pertahanan became second. Sekarang gomen tengah cuba mebetulkan arah, mohon bersabar.
fattymah 12-2-2025 04:52 PM
Kalau order brg gomen main suku² gitu eh.. tak de spesifik date gaytuh..
annehuda 12-2-2025 04:54 PM
Malaysia ni sbnrnye ade duit ke? Aku baru je baca berita psl acik gomen pencen menang kes mahkamah kira semula pencen, 56 org nuntut dpt rm1billion hokkay. Kalau acik tu menang maksudnye gomen kene revise balik pencen pesara lain. Ade duit ke kite nnt?