Isu Semasa
Isu Semasa 12-2-2025 02:18 PM 9972 Views
DescriptionKlang: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal te ...

ADVERTISEMENT


 


Klang: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya, hujung tahun lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai bapa kandung didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di bilik tidur sebuah rumah di Kapar di sini, pada Disember lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Hakim membenarkan kos ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diperintah tidak tinggal bersama atau menemui mangsa sepanjang perbicaraan kes.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 April depan.

Sumber : Harian Metro

Prev.:Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar berkaitan situasi terkini Gaza

Next:Mahkamah arah kerajaan, Razak Baginda bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
Inigo-Montoya 12-2-2025 03:01 PM
bencinya baca berita macam ni.ko sengkek sangat ke nak cari pelacur anak sendiri jadi mangsa nafsu setan ko tu
ifanonline 12-2-2025 03:07 PM
pengaruh media sosial yg tidak terkawal...salahkan wanita2 yg berbogel online
Decaffeinated 12-2-2025 03:11 PM
apa dia buat boleh senang tak mengaku? saksi?