CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah ugut bunuh, gertak mahu rosakkan restoran kenalan

12-2-2025 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9455| Komen: 1

 


Kuala Lumpur – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan ugutan bunuh serta menggertak ingin merosakkan sebuah restoran di Jalan Kasipillay, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pemilik restoran menerima panggilan telefon daripada lelaki dikenalinya seterusnya memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat, pukul 7.50 pagi semalam.

Menurutnya, suspek juga bertindak mengugut ingin datang ke restoran mangsa untuk membunuhnya dan merosakkan premis.

“Ekoran kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Suspek berusia 40 tahun ditahan pukul 12.15 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkait pemerasan.

Ujarnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.  


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 12-2-2025 10:36 PM
Anak pudin pun ugut nak bunuh orang jugak.. dah tangkap ka dak gi?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-3-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059765 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top