![]()
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mamman5645 memaparkan tiga wanita itu berhimpit di sebuah tandas ketika dalam perjalanan menuju ke perhimpunan agama Hindu di Prayagraj. Seorang gadis itu berdiri di atas mangkuk tandas, manakala dua lagi wanita berdiri di sebelahnya sambil ketawa. Rata-rata, netizen mengkritik perbuatan tersebut kerana mereka bukan sahaja mementingkan diri sendiri, malah mengganggu penumpang lain yang perlu menggunakan tandas. “Tolong tangkap mereka yang sengaja menghalang orang ramai daripada menggunakan tandas,” kata seorang netizen. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT