CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat

10-2-2025 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38806| Komen: 20|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-10 153416.png


KUALA TERENGGANU: Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh, Kemaman hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memperdayakan seorang pegawai agama dengan mengemukakan senarai penama yang bukan berstatus miskin dan tidak layak menerima wang zakat wakalah.

Hamizan Amid, 56, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mendorong seorang pegawai agama badan kebajikan sebuah syarikat minyak menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap empat individu itu sedangkan mereka tidak layak mendapat bantuan.

Bagi setiap pertuduhan, juruteknik kebakaran di sebuah syarikat minyak itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar menawarkan jaminan RM15,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan agar tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Peguam Mohd Hisham Hashim yang mewakili lelaki itu memohon jaminan rendah iaitu RM8,000 bagi semua pertuduhan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan bapa kepada tiga orang anak itu diikat jamin RM8,000 beserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Mac ini untuk pengurusan kes bagi serahan dokumen.


Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 10-2-2025 03:44 PM
Edited by annehuda at 10-2-2025 06:00 PM

sblm ada yg mengecam baitulmal, yg bg zakat pd asnaf tu adalah sebuah syarikat minyak dan tak melalui baitumal. syarikat tu mintak pakcik ni cari asnaf2 yg berdekatan utk kasi zakat tapi pakcik ni pi cadangkan nama yg bukan asnaf.  so ada kemungkinan tiada saringan atau mungkin pakcik ni ada deal ngan penerima2 tu ke nk percent ke ape ke, hence SPRM pun terlibat
Quote prettyuglybabe 10-2-2025 03:56 PM
dia bagi nama suku sakat dia ke?
Quote tungkai 10-2-2025 04:17 PM
Kalau SPRM masuk, memang ada kes kowtim la kot dgn penerima tu
Quote plywood 10-2-2025 05:10 PM
klu mat rempit memang terus rembat, tpi pengerusi masjid pun boleh songlap, tak boleh harap betul... .
Quote 3chanceno 10-2-2025 05:58 PM
annehuda replied at 10-2-2025 03:44 PM
sblm ada yg mengecam baitulmal, yg bg zakat pd asnaf tu adalah sebuah syarikat minyak. syarikat tu m ...

Tenkiu kasi pencerahan.

Dlm artikel tu tak de pulak laporan camna boleh terbongjar kasi pada bukan asnaf..  

Kalau pengerusi masjid, dah tentu ada list nama2 asnaf yg sedia ada.
Quote annehuda 10-2-2025 06:00 PM
3chanceno replied at 10-2-2025 05:58 PM
Tenkiu kasi pencerahan.

Dlm artikel tu tak de pulak laporan camna boleh terbongjar kasi pada buka ...

sebab benda ni tak melalui baitulmal. so ade la tu yg mereport pd syarikat minyak tu.  also apa kriteria yg pakcik tu pakai utk pilih asnaf tu kan. wallahualam
Quote Orenn1 10-2-2025 07:23 PM
Klu pasal duit tok imam punjign percaya. Kecewa dgn realiti sebenar keadaaannya kat negara kita di sebalik segala fatwa hukum hakam garis panduan bagaiii yg dikeluarkan
Quote shernazz 10-2-2025 07:36 PM
Eloklah ada yang report
Yang dpt bamtuan tu pung harap.mereput lah
Choi betul
Quote Orenn1 10-2-2025 07:42 PM
Org sambut wedding anniversary pun badan agama nak keluarkan hukum, melawat kawan bukan islam meninggal pun badan agama nak keluarkan segala garis panduan bagai, isle is a way of life sgttt khennnn, adoiiii time2 mcm ni lah aku rindu gilerr kat @maideen   way of life sgtt lah khennn setakat bantuan mcm ni pun pengerusi mesjid nak bolot makan duit phuiii kohkohhh
Quote Orenn1 10-2-2025 07:43 PM
Ada agama tapi takde moral pun tak guna jugak, perangaiii mengalahkan syaithonirrajjimm huh
Quote Orenn1 10-2-2025 07:49 PM
Acah2 mcm org kuat agama ye lah pengerusi mesjid khennn, tapi takde moral phuiiisbb moral tu penting. Agama ikutlah masing2 nak percaya agama apa pun tapi klu takde moral jadi bangsatlah jawabnya
Quote Purestteam1 10-2-2025 08:29 PM
alahai...
Quote Kuin-Kepam 10-2-2025 10:36 PM
Ni mesti geng2 yg menegakkan isley kan?
Quote Kitty_catz 11-2-2025 11:04 AM
aik 'asnap' pun guna kable
Quote BungaKencana 11-2-2025 11:33 AM
spesis AJK surau kwsn aku, nmpk duit gelap mata...
Quote felinecat 11-2-2025 12:30 PM
Ikan bilis je yg kene tangkap .g tgok bantuan terengganu tu,anak staff kaya pon dpt kan...
Quote pengecatbintang 11-2-2025 01:31 PM
duit zakat yg sikit tu jer pun da gelap mata

apatah lagi kantung negara mcm 1mdb

Quote jazaa100 11-2-2025 05:32 PM
Klu betul....takutnya.....

Duit zakat tu bam Aji..mmmbkn blh buat tak betul.....
Quote Minami2013 11-2-2025 07:16 PM
Kalo bab duit dah tak tau halal haram..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.096966 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top