CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu

10-2-2025 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41520| Komen: 57|Original author: Raline

Nilai: Kira-kira 10 tahun lalu, Pusat Perniagaan Nilai 3 dianggap 'syurga' membeli-belah bagi orang ramai mendapatkan barangan perkahwinan, perhiasan rumah, langsir dan kain ela pada harga murah.

Hampir setiap hujung minggu ratusan bas sewa khas membawa 'kaki beli-belah' dari seluruh negara singgah di pusat ini untuk berbelanja.

Namun, lokasi perniagaan terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur ini seolah-olah mati dan tidak lagi menarik minat orang ramai hingga ada menggelarkannya 'bandar hantu'.

nh.PNG


"Sudah sembilan hari tiada pelanggan masuk beli di kedai saya. Mungkin selepas Aidilfitri ini saya tutup kedai. Saya masih menanggung hutang ratusan ribu," kata peniaga yang mahu dikenali sebagai Gan, 58.

Gan antara peniaga warga tempatan di Pusat Perniagaan Nilai 3, di sini, yang suatu ketika dahulu meraih keuntungan hasil jualan tekstil.

"Dulu saya ada tujuh kedai menjual kain langsir di Nilai 3 ini, namun sekarang saya hanya tinggal satu kedai. Mungkin selepas Aidilfitri, saya gulung tikar dengan menanggung hutang ratusan ribu dengan pembekal.

"Sepatutnya ramai yang datang membeli atau bersiar-siar masuk kedai melihat barang pada hari Ahad. Namun, sehingga jam 1 tengah hari, saya masih tiada pelanggan," kata Gan yang sudah 35 tahun berniaga di kawasan itu.

Gan berkata, harga barang dan perkhidmatan yang naik menyebabkan rakyat lebih berjimat cermat untuk berbelanja dan seterusnya mencari alternatif di platform media sosial kerana harganya lebih murah.

"Bukan sahaja harga barang keperluan atau makanan yang naik, kita dapat lihat bayaran seperti takaful insurans yang meningkat selepas PKP selain Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik beberapa kali dan sehingga sekarang belum turun.

"Keadaan ini memberi tekanan kepada orang awam sedangkan pendapatan masih di tangga sama. Perkara ini, sekali gus menyebabkan pelanggan memilih tempat yang lebih murah untuk berbelanja," katanya.

Katanya, keadaan di Nilai 3 sebelum ini meriah terutama pada hujung tahun dan beberapa bulan menjelang Ramadan atau Aidilfitri.

"Biasanya pada hujung tahun ada syarikat bagi bonus kepada pekerja. Ramai pelanggan Melayu mula mencari peralatan rumah baharu untuk sambut raya. Namun, kini perniagaan saya semakin mati," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan mendapati kawasan perniagaan di situ semakin lengang dan sunyi.

Hanya beberapa kereta dilihat meletakkan kenderaan di kawasan parkir di hadapan kedai manakala kelibat pengunjung sukar ditemui.

Malah ketika tinjauan dilakukan pada Ahad dan cuti umum, suasana membeli-belah di lokasi itu sukar dirasai apabila kurang pengunjung membeli barangan di kawasan perniagaan berkenaan.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ina_na 9-2-2025 04:47 PM
Kedai kat Nilai niaga online skrg ni..kat TT,kat shopee..iolss sll beli kelengkapan anak2 kat shopee...murah pun murah...suar tracksuit anak bl 5,6 helai tahan x koyak... x yah bazir ms msk Nilai sana..
Quote Kuin-Kepam 10-2-2025 12:09 AM
knp nak bayor lebih..
Quote B40tastePosh 10-2-2025 01:55 AM
Tak pernah pergi pun.

Quote MarryPottet 10-2-2025 01:59 AM
Kalau dah jadi bandar hantu kena tukarlah nama jadi Ngilai
Hantu esp cik ponti kan suka ngilai
Quote gekkou 10-2-2025 02:18 AM
wow!! sampai 7 kedai dia satu ketika dahulu
panas nya nilai 3 tu
cukup lah pergi sekali cari langsir untuk mak time bulan puasa
nk menangis ku rasa kepanasan dan kehausan
Quote ibugarang 10-2-2025 07:15 AM
Perabot kat NIlai 3 nie mahal, barang yg sama dengan shopee. even plus shipping cost shopee still cheaper than beli kedai perabot NIlai..Nilai 3 nie full bila nk raya jer..or time nk open house sebab madam king tu..
Quote Decaffeinated 10-2-2025 07:24 AM
Nilai 3 ni kat mana? McD BB Nilai tau la.
Quote vespa_oren 10-2-2025 08:22 AM
Kakak aku dulu beli rumah kt nilai impian rasa 20tahun lepas, masa tu mcm tempat jin bertendang
Quote per706 10-2-2025 08:36 AM
Edited by per706 at 10-2-2025 08:44 AM

Hurmmmm mmg x ramai pon..dulu ado jugak nmpk bas Persiaran bwak org benti sini.tpi skang mcam payah.aku kalu nk cari brg pon p hari biasa jah.sbb weekend harga agak x masok akal.normal kat mana2 tempat tumpuan juga la tactic gini kan,harga weekend mahal Dari harga weekdays..

mak aku pernah bwak sedara Dari sarawak p Nilai 3.dia punya nak p sgt.ada la beli la kain psg. Ujung2 dokek tangkak ke kg den, kain yg samo hargo eh laie murah.huhuhu..da membazir duit myak.cumo eh kalu ughang tanyo.buleh la jwab.."ponah poie" hehehe.

Aku recently p kedai carpet. Mulo harga buka 1k pastu dia terus bgi diskaun 850,laki aku mintak murah lagi..last dia nk bgi 750 ko x igt..pastu laki aku tergerak nak search kat Shopee kedai dia sesambil dok diskas tu.sekali harga Shopee 52+ jah... hahahaha.sebijik size yg sma.masok postage pon Shopee murah lgi.cumanya di kedai kita buleh belek2 pilih la..but still jaoh jugak beza harga tu.terkulat2 seller tu nk jwab lepas laki aku tjuk harga Shopee..last supervisor dia bgi je la harga berapa laki aku nak.ikotkn laki aku x nak beli da..tpi aku ckp,sian budak tu da angkat carpet berat utk tjuk kat kami..laki aku amek la 1 dgn harga 550..kalu aku mmg 850 tu senyum lebar da.. hahahahaha...kira da terpaling diskaun la tu..

Kebetulan msa kitorang dok pilih2 tu ade akak ni.org luar kot..da spent rm2k plus utk carpet kt kedai tu..tu pon mcam dia tgah cari2 lgi carpet yg lain.nk beli lgi..huhuhu

Aku ckp kat laki aku mungkin sbb dia bayar sewa kedai.tu mahal,pastu buleh pilih2 lgi..kalu online,itu2 je la..tpi laki aku kata,still kedai yg sma.post pon Dari tempat yg sma kenapa harga jaoh gila beza.
Quote SWORKS27 10-2-2025 08:50 AM
nampak je mcm bandar hantu..
entah2, masuk dalam riuh masing2 tengah buat live tik tok bagai...
skrg zaman moden
Quote syamzana 10-2-2025 08:56 AM
rasanya depa pun menjual online ni. suatu masa dulu sekitar 2004 keatas mmg meletop la nilai 3 ni.
weols kalau jumaat (ni je ms blh keluar kilang selain blk kerja) gigih berasak gi nilai 3...rombongan minah kilang  lepas makan jamu mata. skrg iols tnya ummah kilang iols dulu takde nak menapak situ, lagi2 bdk muda koser nak berpanas tgk brg2 sedia ada di internet blh skrol smbil terlentang
Quote SedihPedih 10-2-2025 09:08 AM
kawan i lecturer i usim pernah cerita. Ada sorang student dia rajin jadi PS kt Nilai 3. Katanya selalu la dia pergi buat live kt kedai2 pakistan tu amik order. Boleh tahan masyuk la. Siap belanja burger Woodfire satu kelas. So tak ramai dtg maybe banyak guna khidmat budak2 ni kot.

Quote jejaka_hensem 10-2-2025 09:12 AM
Jom sis,kita pegi nilai 3 esok
Quote kucingitam 10-2-2025 09:17 AM
pernah la pergi sekali..masa zaman hype dulu tapi still senang dapat parking.. beli langsir pakej dgn jahit siap satu jam.
Quote jazaa100 10-2-2025 09:22 AM
ina_na replied at 9-2-2025 04:47 PM
Kedai kat Nilai niaga online skrg ni..kat TT,kat shopee..iolss sll beli kelengkapan anak2 kat shopee ...


Ala ina ....

Yg jual kat shopee & tiktok tu pun Mr Gan jugak tu....

Nak buatpe byr sewa, mahal², baik jual online, amik pekerja 2-3org utk packing je...takkn pembeli mcm kita ni, beli dgn Mr Gan pastu jual kat ttok....tak de maknanya.....

Pastu mnyalak kata rugi ratus ribu.....
Quote jazaa100 10-2-2025 09:26 AM
SedihPedih replied at 10-2-2025 09:08 AM
kawan i lecturer i usim pernah cerita. Ada sorang student dia rajin jadi PS kt Nilai 3. Katanya sela ...

Kedai carpet pakistan tu, I ingt bebetul pakistan punya...

Satu hari tu I tgah borong, tetiba masuk sorang cina mcm Mr Gan, dia suruh pekerja pakistan tu bg I harga murah sbb I amik byk....melompat le I....

Sblm tu ingt org pakistan yg punya.....
Quote SedihPedih 10-2-2025 09:33 AM
jazaa100 replied at 10-2-2025 09:26 AM
Kedai carpet pakistan tu, I ingt bebetul pakistan punya...

Satu hari tu I tgah borong, tetiba mas ...

kedai kt situ mostly same owner kan? ntah2 semua Mr Gan yg punya
Quote Jitu 10-2-2025 09:33 AM
perubahan zaman biasa la
dulu org tengok movie guna vcd beli kat pasar mlm
skrg org tengok online je
kena pandai2 la sesuaikan perniagaan dgn perubahan
tak blh lg dah bergantung harap pembeli datang ke kedai

lg pun kami sebagai pembeli lebih suka online sbb byk pilihan dan harga pun lebih murah


Quote Jitu 10-2-2025 09:36 AM
jejaka_hensem replied at 10-2-2025 09:12 AM
Jom sis,kita pegi nilai 3 esok

buat apa sendu la situ
nak cuci mata pun sedih takde awek2 cun shopping situ

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090116 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top