CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat reput dalam rumah

9-7-2013 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7151| Komen: 10

Description: MARANG – Misteri rumah didiami seorang wanita di Kampung Padang Tanjung di sini, yang berkunci dan dalam keadaan gelap sejak beberapa hari lalu terungkai berikutan penemuan mayat hampir reput dalam r ...
MARANG – Misteri rumah didiami seorang wanita di Kampung Padang Tanjung di sini, yang berkunci dan dalam keadaan gelap sejak beberapa hari lalu terungkai berikutan penemuan mayat hampir reput dalam rumah berkenaan, malam semalam.

Rohana Abdullah, 43, yang juga pesakit mental ditemui abangnya, Zulkifli, 53, dalam keadaan terlentang di atas tangga di bahagian dapur rumah.

Sebelum menemui mayat mangsa, Zulkifli menerima panggilan kira-kira jam 7.30 malam daripada sepupunya yang khuatir mengenai keselamatan mangsa kerana sudah lama tidak kelihatan, malah rumahnya berkunci seperti tiada orang.

“Saya kemudian ke rumah mangsa pada jam 11.30 malam dan mendapati rumah gelap dan tingkap serta pintu rumah berkunci.

"Saya mencungkil pintu hadapan untuk masuk ke dalam rumah,” katanya yang tinggal di Ajil.

Menurutnya, selepas berjaya memasuki rumah berkenaan, dia membuat pemeriksaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa.

"Saya segera membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan berdasarkan keadaan mayat adik bongsu yang sudah mula mereput, kemungkinan dia yang masih bujang meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita terbabit dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 9-7-2013 10:29 AM
abgnya pun.....kena care everyday laa.....seksa mayat
Quote mieraAdriana 9-7-2013 10:32 AM
...
masalah mental ?? da tu.. nape tinggal sorang jer ? xder sape jaga ker... anto la spital bahgia ... xpun umah kebajikan ker ...
sian la mninggal da 2 mggu baru ade yg blik tgok ... klau jiran x kabo, agaknye da tggal tulang jer ...
Quote reeny 9-7-2013 10:32 AM
  1. Rohana Abdullah, 43, yang juga[b] pesakit mental[/b] ditemui abangnya, Zulkifli, 53, dalam keadaan terlentang di atas tangga di bahagian dapur rumah.
Copy the Code
Pesakit mental dibiarkan tinggal berseorangan??? kesiannya..apakah ahli keluarganya tk mempunyai sikap perihatin??
Quote starbee 9-7-2013 02:38 PM
nasib baik ade jiran prihatin... kalau tak mayat tinggal rangka jer...
Quote izamahmed 9-7-2013 02:57 PM
takde tanggungjawab!
Quote putihgebusedap 9-7-2013 03:16 PM
kesiannye...gambar kt atas ni pulak gambar sape?
Quote PITTSBURGH 9-7-2013 03:20 PM
al fateha
napa tk masukkan ke tg rambutan ke
siyan ni
kes aniaya ni
Quote setia00 9-7-2013 03:22 PM
kesiannya ...
kenapa sakit mental dibiarkan bersendirian?
atau ni mybe sakit mental yang tak teruk dan boleh jaga diri kot??
tapi mesti abang dia terkilan tak dapat jaga adik dia dengan baik...
takziah yer...
Quote izamahmed 9-7-2013 03:29 PM
putihgebusedap posted on 9-7-2013 03:16 PM
kesiannye...gambar kt atas ni pulak gambar sape?

gambar mana?
Quote putihgebusedap 11-7-2013 11:36 AM
izamahmed posted on 9-7-2013 03:29 PM
gambar mana?

ala....yg gambar mayat da berulat tu la...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.288604 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top