Seorang bayi berusia lapan bulan cedera dan mengalami lebam di anggota badan selepas dipercayai digigit kanak-kanak lain di sebuah taska dekat Kuching, Sarawak pada Selasa lalu. Melalui satu hantaran Facebook, Kevin Chang mendakwa, bayi tersebut merupakan anak kepada rakannya.
Loading FB Post... Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz mengesahkan kejadian terbabit. Katanya, tiga wanita, termasuk pemilik dan penjaga sebuah taska di Batu Kawa, Kuching ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit. "Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh ibu bayi terbabit pada Selasa sekitar pukul 9.30 malam. "Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya memetik laporan Utusan Borneo. "Ada tiga (wanita) tangkapan dibuat yang melibatkan pemilik dan penjaga taska pada pukul 7 petang Rabu. "Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan," katanya. Sumber: Majoriti |
KakRumiMenari replied at 9-1-2025 06:10 PM
Budak tak menangis??? Biar betul .. ke taska ni ada bg budak2 ubat batuk/mengantuk lalok.. sbb tu ke ...
Decaffeinated replied at 9-1-2025 06:38 PM
Kalau ko tengok love bites pun ngeri tapi yang kena kata tak sakit pun.
ADVERTISEMENT