Lupakan keindahan alam semula jadi Malaysia - panorama pantai yang indah dan bukit bukau, tempat bersejarah atau makanan lazat. Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Mahadzir Mansor berpendapat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 “Sebenarnya, Perdana Menteri kita Anwar adalah produk pelancongan untuk Malaysia. Ramai orang tidak tahu ini, tarikan orang datang ke Malaysia adalah kerana usaha Anwar dan kepimpinan, jadi PM adalah produk pelancongan kita,” katanya dipetik Astro Awani malam tadi. Kenyataan itu hadir di tengah-tengah kritikan berhubung video Tahun Melawat Malaysia 2026, yang tidak memasukkan imej masjid dalam video berkenaan. Selepas dikritik, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berkata video itu hanyalah video teaser dan imej masjid akan dimasukkan dalam video promosi yang lebih panjang.
|
testly replied at 9-1-2025 10:50 AM
Patut ltk jawatan dah menteri ting tong ni. X capable lsg aihhh..
Tapi sapa yg nak guling2 pkai bj k ...
ADVERTISEMENT