Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3. 29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik sekitar kawasan Bandar Saujana Putra. Katanya, berdasarkan laporan doktor berkenaan telah menerima bayi lelaki itu yang dibawa seorang pengasuh taska di dalam keadaan pucat. “Bayi tersebut juga didapati dalam keadaan kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu. “Pengadu (doktor) serta merta melakukan bantuan pernafasan atau resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, Hospital Cyberjaya telah menerima bayi berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang hari sama dan melakukan CPR lebih 30 minit. Bagaimanapun, katanya, tiada tindak balas sebelum doktor mengesahkan kematian bayi itu pada pukul 5. 05 petang. “Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan keterangan pengusaha dan pekerja premis telah diambil polis. “Premis ini tidak berlesen dan permohonan telah dihantar tapi belum diluluskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. Terdahulu, tular luahan sedih seorang wanita menerusi hantaran di aplikasi X apabila anak yang dihantarnya meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak taska. Wanita berkenaan juga mendakwa anaknya telah ditinggalkan bersendirian dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas. Taska itu juga dikatakan hanya mempunyai dua pengasuh yang menjaga 25 bayi. “Saya hantar dia elok sihat bernyawa. Last saya tukar pampers semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi. “8 jam kemudian, saya kena tukar pampers dia dalam keadaan meninggal. Dunia akhirat saya takkan maafkan. Saya doa Allah laknat semua yang terlibat,” katanya. Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 9-1-2025 02:33 PM
Gila tempat 25org baby yg mengasuh 2org aje.
Tak voley brain pasey meols xpenah anto taska budak2 ni ...
Thunderclouds replied at 9-1-2025 02:33 PM
Gila tempat 25org baby yg mengasuh 2org aje.
Tak voley brain pasey meols xpenah anto taska budak2 ni ...
hashashes replied at 10-1-2025 03:54 PM
Sekarang rate sorang baby busuk2 pun 400 area kl/selangor
10k sebulan taska tu dpt, bahagi 2 org pen ...
krustykrab replied at 10-1-2025 09:35 AM
Biasa parents tk nk byr lebih. Berkira nauzubillah.
PULANGKAN replied at 10-1-2025 01:22 AM
tambahan lagi
- cari pengasuh yang reti jaga anak, bukan sebab semata jaga budak, sebab takde kej ...
ADVERTISEMENT