CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Pantang Larang Buat Bakal Pengantin

5-1-2016 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4507| Komen: 0

Description: Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan bercinta kerana "hari bersejarah" ini adalah pengikat dua jiwa.

Oleh : Dean BZ



Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan bercinta kerana "hari bersejarah" ini adalah pengikat dua jiwa dan bermulalah hidup sebagai satu keluarga.

Apabila ditetapkan tarikh perkahwinan maka bermulalah pantang larang untuk bakal mempelai. Pantang larang bukanlah kewajipan namun ia adalah adat dan budaya orang Melayu untuk menjaga bakal pengantin dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Mungkin ada banyak yang kita tidak tahu apakah rahsia disebalik pantang larang yang dibuat oleh nenek moyang, namun apa yang baik wajar kita ikuti asalkan tidak bertentangan dengan ajaran agama. Jom kita lihat apakah 13 pantang larang buat bakal pengantin, dipetik dari Majalah Pengantin Ogos 2012.




1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.


3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.


9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.


13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.


Semoga tips berguna ini dapat membantu bakal pengantin supaya sentiasa menjaga perilaku. - CARI Infonet.

17

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.327329 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top