CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hael Husaini dan Nadeera Zaini memukau dalam Anugerah Televisyen Asia Ke-29 di Jakarta, Indonesia

4-12-2024 01:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43940| Komen: 30

 


Penyanyi Hael Husaini dan Nadeera Zaini mencipta sejarah apabila diundang menjayakan persembahan dalam Anugerah Televisyen Asia Ke-29 di Jakarta, Indonesia, penghujung bulan lalu.

Lebih istimewa, Hael dan Nadeera menerima permintaan khas daripada stesen penyiaran, Indosiar dan penganjur untuk membuat persembahan tambahan pada malam kedua.



Pada awalnya, Hael dan Nadeera hanya perlu menyanyikan dua lagu, namun selepas melihat persembahan pada malam pertama, penganjur memohon Hael dan Nadeera melakukan persembahan tambahan pada malam kedua.

Hael berkata, dia bersyukur dan terharu dengan penghormatan diberikan, lebih lagi apabila diberi peluang untuk mengetengahkan bakat di pentas sebesar itu.


"Pada asalnya, kami dijadualkan membawakan dua lagu, tetapi apabila diminta membuat persembahan tambahan, ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

"Kami sangat berbangga dapat mewakili Malaysia pada acara berprestij ini. Ini adalah peluang besar untuk kami berkongsi budaya dan muzik Malaysia dengan dunia," katanya.

Sementara itu, Nadeera menyifatkan ia sebagai pengalaman sangat bermakna.

"Saya tidak menyangka sambutan begitu hebat daripada penonton di Indonesia.

"Dapat kembali ke pentas pada malam kedua dengan lagu tambahan atas permintaan penganjur adalah satu penghormatan tidak ternilai dan pengalaman luar biasa.

"Sokongan peminat dari Malaysia dan luar negara memberikan kami semangat untuk terus berkarya dan membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Dengan siaran langsung disaksikan hampir 500 juta penonton dari seluruh Asia, persembahan Hael dan Nadeera di Anugerah Televisyen Asia Ke-29 itu membuka pintu kepada lebih banyak peluang untuk mereka bergerak maju pada masa depan.

Pada malam pertama, Hael menyampaikan lagu Jampi, manakala Diam dan Kelentang Kelentong menjadi pilihan pada malam seterusnya.

Nadeera pula menyampaikan lagu popular seperti Nirmala dan Bukan Cinta Biasa serta lagunya Bukan Lagi Kita.


Antara selebriti Asia yang turut hadir adalah Luna Maya, Raffi Ahmad, Lesti Kejora, Wulan Guritno, Rina Nose, Putri Ariani dan ramai laagi.

Anugerah Televisyen Asia adalah acara tahunan mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri televisyen Asia.

Ia merangkumi pelbagai kategori termasuk drama, pelakon, pengarah dan persembahan muzik terbaik dengan penyertaan daripada lebih 20 negara di seluruh rantau Asia.


Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 4-12-2024 01:30 AM
makin jelita hakak haelina, hidung macam terkepit pintu..
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:33 AM
gi jekardah x ajak sampai nye hati
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:34 AM
aku buat2 kenal jelah
Quote Thunderclouds 4-12-2024 06:55 AM
Urghhhhhhh
Very unnatural yach paras ghopa.
Huduh sgt ka muka ori mulayu?
Heshe hada dysmorphophobia ka?
Quote prince_marhaen 4-12-2024 08:25 AM
sorang terpaling surgery, sorang terpaling natural beauty....yang penting bakat katanyehhhhhh
Quote alien88 4-12-2024 09:29 AM
mcm ni baru best bila org indon panggil artis malaysia, sllu artis diorang ja buat persembahan dkt sini siap jd juri, pengacara
tapi hael npk lain sgt.. over PS ni, patutnya reno sikit2 sudah la
Quote I.K.A888990 4-12-2024 10:47 AM
best gila nadeera performed "bukan lagi kita" kat sana

Quote MistrezHermanaz 4-12-2024 11:21 AM
x minat sgt haelina tu, tp bangga jugak for both sbb bukan senang retis kita dpt tembus buat performance kt award show sana..best tgk, lighting, sound semua paduuu..award show kita pun suppose mcm ni jgk..kt kerusi penonton tu mcm bkn sume indo kan, nmpk mcm korean pun ada, ke depa buat muka jgk serupa haelina ni..yg penting lagu kelentang kelenting tu ramai org suka kt sana..nadeera pun perform best
Quote MistrezHermanaz 4-12-2024 11:23 AM
iols baca komen kt ig indosiar tu, depa duk ckp haelina ni ganteng2..tergelak je yg mampoooo
Quote SalenaGomez 4-12-2024 11:32 AM
I.K.A888990 replied at 4-12-2024 10:47 AM
best gila nadeera performed "bukan lagi kita" kat sana

Xkenal nadera ni. Artis baru ke? Apa lagu femes dia ya?
Quote sfrnna 4-12-2024 11:43 AM
Haelina ni share2 la sapa aesthetic Dr nya.. pandai buat kerjaaaa gitu
Quote jihah_kudat 4-12-2024 01:15 PM
nadeera ni bakalan jadi aina 2.0..suara sedap tapi diminati golongan tertentu je..bukan jenis mesra masyrakat..btw aku ingat lirik lagu dia sebut cindai rupanya cintai..
Quote pauliza 4-12-2024 01:31 PM
MistrezHermanaz replied at 4-12-2024 11:23 AM
iols baca komen kt ig indosiar tu, depa duk ckp haelina ni ganteng2..tergelak je yg mampoooo

mesti lah ganteng ,dah ala2 ee min ho dh muka hael skrg
Quote dua_chzy 4-12-2024 01:31 PM
Meols sokong je Hael.

Nadira ni sapa? Budak AF juga?
Quote marchikobonzo 4-12-2024 04:44 PM
Mak oii..tingginya heels hael
Quote edoraixora 4-12-2024 04:55 PM
hael pakai heels ke tu
Quote nuhanis 4-12-2024 08:36 PM
Masa dia still melayu dulu, ada manisnya jugak dia ni. Bukan la buruk pun.

Tapi berjaya jugak ya dia jadi korea. Dari jauh or samar2 memang nampak oppa pun.

Cuma hari tu sat dia jadi mikel jeksen.

Hahaha.
Quote Hoola 4-12-2024 09:11 PM
walau bkn their fan
tp bwnda baek kita sokom
go go go retis msia bole
fly high reach the starss

(jgn jd mcm belen2 retis yg ado kt malaya ni
dipenuhi kes curang,cerai, hantam bini, xbyr napkah, rebut anak, bini rebut laki dan seumpanya)
-pesanan seluruh rkyt msia
Quote MistrezHermanaz 5-12-2024 02:29 PM
marchikobonzo replied at 4-12-2024 04:44 PM
Mak oii..tingginya heels hael

ha ada yg komen boleh ye lelaki pakai heels mcm pompuan masuk tv..lebih kurang gitu ler ayat dia

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.091339 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top