CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan lebat tahap buruk dan sangat lebat di Pantai Timur sehingga Jumaat

27-11-2024 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42560| Komen: 3


 


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap bahaya yang melibatkan hujan sangat lebat berterusan di dua negeri Pantai Timur sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk ini dijangka melanda negeri Terengganu, melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, serta kawasan di Pahang seperti Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk yang melibatkan hujan lebat turut dikeluarkan untuk negeri Kedah, melibatkan Padang Terap, Sik, dan Baling. Manakala, di Perak melibatkan Hulu Perak.

“Kelantan juga tidak terkecuali dengan hujan lebat. Bagi Terengganu, keadaan ini berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu. Di Pahang pula, kawasan terjejas adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, dan Bera,” katanya.

Orang ramai yang menetap di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan melakukan persiapan awal bagi menghadapi banjir serta memantau keadaan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 27-11-2024 03:39 PM
kl pun dah start hujan balik ... harap negeri2 yang terbabit banjir ni tak lah seteruk tahun2 lepas
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:05 AM
hujan serik dah
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:05 AM
tahniah kerajaan negeri

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085130 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top