CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Tiada pilihan kena naik RM2 harga nasi lemak’ - Pengusaha nasi lemak terpaksa naikkan harga pada awal tahun depan

27-11-2024 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41659| Komen: 31

Gambar sekadar hiasan



GEORGE TOWN – Pengusaha nasi lemak di negeri ini dikatakan tiada pilihan lain apabila mereka terpaksa menaikkan harga nasi lemak sehingga RM2 sebungkus pada awal tahun depan sekira­nya harga santan berterusan naik.

Rata-rata peniaga mendakwa yang mereka ketika ini masih mampu bertahan meskipun berdepan dengan beberapa siri kenaikan harga santan sejak awal bulan ini.

Seorang pengusaha nasi le­mak Umi, Norita Ismail, 65, ber­kata, berlaku kenaikan harga santan dari RM10 sekilogram kepada RM11 hingga RM12 sekilogram sejak awal minggu lalu.

“Santan antara bahan utama dalam penyediaan nasi lemak. Setiap hari kami memerlukan enam hingga tujuh kilogram santan untuk 1,000 bungkus nasi lemak yang kini dijual pada harga RM1.50 sebungkus.

“Awal tahun ini, santan dijual antara RM8 hingga RM9 sekilogram. Kenaikan berlaku secara mendadak. Sekiranya masih ber­terusan naik, kami tiada pilihan untuk menaikkan sehingga RM2 sebungkus awal tahun depan.


“Kami tidak tergamak naikkan harga nasi lemak secara tergesa-gesa. Kami juga fikirkan situasi kewangan yang dihadapi pengguna.

“Mungkin (kenaikan berlaku) selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan, jika harga santan naik berterusan,” ujarnya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Norita memberitahu, mereka kini bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga santan malah bahan-bahan utama lain seperti beras, ikan, ikan bilis, cili kering dan bawang besar.

Seorang lagi peniaga nasi lemak, Ilyana Mohamad, 39, berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung kerugian ekoran kenaikan harga santan dan beberapa bahan lain yang dikatakan berlaku sejak awal bulan lalu.

“Mungkin saya akan tetapkan harga baharu bagi nasi lemak ikan bilis dan ikan iaitu RM1.80 daripada RM1.50 sebungkus, namun kuantiti lauk dan nasi masih sama.

“Peniaga santan hanya memaklumkan akan kenaikan bahan tersebut tapi mereka tidak beritahu punca sebenar kenaikan berlaku.

“Ketika ini, harga santan yang dijual di pasaran terutama di pasar awam tidak sama iaitu antara RM12 hingga RM15 sekilogram,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-11-2024 03:18 PM
Laa... harga baru RM2 apa nak kecoh
Quote Binodino 27-11-2024 03:52 PM
Satu ringgit~
Dua ringgit~
Tiga ringgit~
Empat ringgit~

Quote Thunderclouds 27-11-2024 03:55 PM
Stended price dh tu rm2 utk ns lemak biasa.
Penah jmpa yg rm1 lupa kt mana tp mkn 3 suap dh abeh. Xdan kenyang.
Quote Thunderclouds 27-11-2024 03:57 PM
Decaffeinated replied at 27-11-2024 03:18 PM
Laa... harga baru RM2 apa nak kecoh

Kecoh la.
Suma masih feeling idop circa 90an.
Quote matseh 27-11-2024 04:02 PM
kalau 4.90 sebungkus pun masih ok. Ada yg jual 6.90 dan 9.90. Nasik semangkuk, bilis kacang sambal telur 1/2. Pun masih ok aku rasa.
Mana nk dpat, kat London 49.90 nasik lemak. Lagi pun gaji akan naik,
Quote mizruncing 27-11-2024 04:03 PM
kat seri kembangan ni nasi lomak secoet rm3 dahh.. nasib sedap je org beli. tp nk support hari2 tak lerr
Quote Decaffeinated 27-11-2024 04:20 PM
Thunderclouds replied at 27-11-2024 03:57 PM
Kecoh la.
Suma masih feeling idop circa 90an.

Tengok tajuk ingatkan kenaikan sampai 2 hengget mujur aku rajin membaca. done masuk bakul.
Quote B40tastePosh 27-11-2024 04:47 PM
Masa nak mula berniaga memang la buang harga kaw kaw...promosi konon.

Padahal more to scammer....lepastu ketuk harga alasan diesel naik hrga, minyak paket takde, sawah padi tenggelam, ayam merajuk taknak bertulur etc etc.
Quote cattiecute 27-11-2024 05:35 PM
kadang2 bukan nak kata la
nasi lemak ni
nasinya mana rasa LEMAK sangat pun
selalunya benda2 gini iols buat sendiri je puas hati makan.
tapi tu la kerap makan cik mak ni memang bela lemak la citenya
Quote bottombikini 27-11-2024 06:46 PM
lantak kome
Quote sapeka 27-11-2024 06:48 PM
Muak mkn nasi lemak beli
Quote kepompong 27-11-2024 07:30 PM
kat tempat i dah lama nasi lemak daun pisang 3inggit
Quote ctaz 27-11-2024 07:39 PM
nasi lemak lobster pun selamba org rembat...
inikan pulak nasi lemak 2 henggit...



tapi zaman sekarang tak patut panggil nasik lemak dah....
sebab takdo rasa lemaknye dah....rasa santan memng takdoo nyer
baik pangge nasi sambal ikan bilis jer
Quote Skuau 27-11-2024 07:45 PM
tak rasa berlemak@Ada santan pon...nasi lemak  la ni...nasi putih letak sambal timun ikan bilis telur rebus 1/8 jer pung...
Quote hokeypokey 27-11-2024 08:22 PM
murahnye rm2.. kt tempat aku ni rm3 or rm3.50
Quote hanamunir 27-11-2024 10:40 PM
santan di tempat meols rm17-18 sekilo yerr..
kata nye kelapa tak de, tu naik harga..
bersyukur la korang santan masih rm10-13..
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2024 11:07 PM
Akak culture shock dan rengsa dengan nasi lemak Terengganu, ada ka patut depa pi bubuh ikan tongkol sebagai pengganti kepada  ikan bilis dalam nasi lemak, menyumpah-nyumpah akak selama 3-4 hari dengan nasi lemak Terengganu yang hazabedah tu, i hate ikan tongkol
Quote ultra78 28-11-2024 02:37 AM
Nasi lemak ikan tongkol berapa ringgit?
Quote akusukaq 28-11-2024 08:44 AM
Susah sgt ke buat nasi lemak tu..buat sambal awal awal.Pagi isi bekas tahan haba , bawak makan kat pejabat.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047229 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top