CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir: Jambatan tenggelam, 400 penduduk Orang Asli Gua Musang terkandas

27-11-2024 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36680| Komen: 2

 


GUA MUSANG – Kira-kira 400 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq dan Mendriq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini terkandas di kawasan perkampungan mereka apabila sebuah jambatan besi merentasi Sungai Linggi tenggelam sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Jamlus Musa berkata, penduduk Orang Asli di perkampungan itu terputus hubungan selepas air sungai naik melimpahi jambatan sejak pukul 7 malam tadi.

Katanya, selain itu, seramai 24 keluarga Orang Asli yang tinggal berhampiran Sungai Linggi sudah berpindah ke bangsal yang dibina di atas bukit sejak malam tadi.

“Hujan ketika ini masih berterusan dan kami menjangkakan ada lagi yang akan berpindah ke atas bukit sekiranya air sungai semakin meningkat.

“Saya juga memantau keadaan, menasihatkan mereka untuk sentiasa berwaspada dan tidak membenarkan anak-anak kecil bermain air banjir bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 29-11-2024 08:08 AM
semoga semua selamat
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:09 AM
hantar bantuan makanan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.184306 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top