CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jantung Muhammad Zaharif telah berhenti sebelum CPR – Saksi

9-11-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42707| Komen: 51

 


IPOH – Jantung pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah berhenti berdegup sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sempat diberikan terhadap mangsa di lokasi pelanggaran.

Menurut saksi pendakwaan kelapan, Penolong Pegawai Perubatan, Mohammad Noor Shazree Shahrun Nizam, 31, pada ketika itu, mangsa yang berusia 17 tahun juga tidak menunjukkan sebarang tanda masih lagi bernyawa.

Jelasnya, dia memberikan bantuan CPR kepada mangsa selama 15 minit sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.15 tengah hari, 15 Disember 2023.

“Semasa saya melakukan CPR, jantung (mangsa) memang telah berhenti dan kita bantu dari luaran (menekan dada),” katanya yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Tambahnya, sebelum dia tiba di lokasi, prosedur rawatan kecemasan sama sedang dilakukan oleh seorang individu dipercayai kakak mangsa dan Mohammad Noor Shazree kemudian menyambung proses tersebut.


“Mangsa didapati tidak mempunyai sebarang tanda masih bernyawa iaitu tiada nadi, tiada pelebaran pada anak mata dan tiada pernafasan. Saya juga mendapati mangsa mempunyai kesan darah pada muka dan tangan.

“Disebabkan mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas, saya telah membuat pengesahan bahawa mangsa telah meninggal dunia pada pukul 12.32 tengah hari,” katanya ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Menjawab pertanyaan mengapa mangsa tidak terus dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital dalam kadar segera, Mohammad Noor Shazree berkata, pada ketika itu dia tidak mengetahui tahap kecederaan yang dialami mangsa.

“Keadaan pesakit ketika itu tiada tanda-tanda masih bernyawa dan kita cuba meneruskan CPR selama 15 minit kerana kita tidak mengetahui kecederaan yang berlaku pada mangsa,” katanya

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan turut disertai Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin Hui manakala pihak pembelaan dibarisi peguam-peguam bela, M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet bersambung Isnin depan. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 9-11-2024 12:59 AM
Nak tgk ending je.. mcm mn diorg nk pusing kes ni n berapa lama nk hold..
Quote hokeypokey 9-11-2024 02:23 AM
dh langgar mmg niat nk bagi mati, mmg mati kt situ jugak ler.. eii jahat kecik2 dulu makan apa???
Quote primarikey 9-11-2024 11:03 AM
Byk mkn duit haram kot...tu yg hati jd jahat dan hitam legam...lgsg xde rasa bersalah lps lenyek ank org...eiii sial sgt perangai polis ni
Quote laksmanabentan 9-11-2024 11:07 AM
Akalditipumata replied at 9-11-2024 12:59 AM
Nak tgk ending je.. mcm mn diorg nk pusing kes ni n berapa lama nk hold..

kita pusing dulu..... pasti ada plot twist laaa nih...
Quote Firenzza 9-11-2024 12:22 PM
Apa alasan si gundu ni utk elak kena hukum?  Nak ckp budak tu telah mengancam nyawa dia dgn bunyi preng2 moto dia? Ni klau lepas mmg teruih naik pangkat jd kpn gamaknya
Quote Akalditipumata 9-11-2024 12:52 PM
laksmanabentan replied at 9-11-2024 11:07 AM
kita pusing dulu..... pasti ada plot twist laaa nih...

Tu cobaan utk nurse yg CPR.. dipertikaikn knl xbwk terus ke hsptl. nk salahkn nurse myebab bdk tu mati ke? Tgk video dia dlu.. betul2 myakitkn hati.. Ko lenyek2 bdk tu.. Pasto nk terlepas drpd hukuman.. klau terlepas.. moga ape yg dia buat berbalik kt keluarga dia.. biar dia rasa apa ayh bdk tu rasa..  
Quote Akalditipumata 9-11-2024 12:55 PM
Firenzza replied at 9-11-2024 12:22 PM
Apa alasan si gundu ni utk elak kena hukum?  Nak ckp budak tu telah mengancam nyawa dia dgn bunyi pr ...

Mesti ade sek2 dia yg tlg ni.. diorg je tahu mcm mn nk lepaskn kes.. demi nk mnjaga nama unit
Quote Firenzza 9-11-2024 01:02 PM
Akalditipumata replied at 9-11-2024 12:55 PM
Mesti ade sek2 dia yg tlg ni.. diorg je tahu mcm mn nk lepaskn kes.. demi nk mnjaga nama unit

Tu la pasal, siap tukar loyer yg juga bekas pulis
Quote Kiahlemau 9-11-2024 01:33 PM
Klu anak aku la org buat mcm ni...kena lenyel dengan kete smpi mati....mmg aku cari jugak cara smpi dia dpt balasan...tak dpt buat cara kasar..kita buat cara halus..lantak la dosa ke apa
Quote NazRysha 10-11-2024 10:16 AM
Akalditipumata replied at 9-11-2024 12:59 AM
Nak tgk ending je.. mcm mn diorg nk pusing kes ni n berapa lama nk hold..

cepat je kes ni
by next year dah boleh habis ni

Quote Akalditipumata 10-11-2024 10:19 AM
NazRysha replied at 10-11-2024 10:16 AM
cepat je kes ni
by next year dah boleh habis ni

Hopefully ending yg murni..
Quote annehuda 10-11-2024 10:20 AM
Tetiba teringat movie wind river. Perempuan ni kene rogol dan pukul tp sempat melepaskan diri. Tapi mati pulak yelah sbb masa tu dia berjalan dlm keadaan salji tebal takde baju sejuk dan cedera parah. Post mortem sahkan perempuan tu mati sebab ape ntah tapi tak dikira kes bunuh so polis tutup kes. Aku syak diorg nk guna angle tu. Maksud aku, kalau arwah tu masih hidup masa tu belum dikira bunuh tp maybe hospital lmbt amek tindakan kot
Quote NazRysha 10-11-2024 10:24 AM

confirm di akhir kes pendakwaan nanti Hakim akan panggil si gundu ni bela diri
kita tengok masa kes pembelaan dia nak gebang apa
mesti dia akan panggil bini dia as saksi pembelaan
Quote NazRysha 10-11-2024 10:25 AM
annehuda replied at 10-11-2024 10:20 AM
Tetiba teringat movie wind river. Perempuan ni kene rogol dan pukul tp sempat melepaskan diri. Tapi  ...

i rasa kes farah kartini tu nanti pun si aliff akan bgi pembelaan
masa dia tinggal kan mangsa, mangsa masih hidup
dah banyak kes macam ni

Quote Akalditipumata 10-11-2024 10:35 AM
NazRysha replied at 10-11-2024 10:24 AM
confirm di akhir kes pendakwaan nanti Hakim akan panggil si gundu ni bela diri
kita tengok masa ke ...

Tp bini dia xde ms kejadian kn? Tgh nk amik bini kn? Ke saya salah?
Quote akies 10-11-2024 10:37 AM
Kakak arwah tu nurse kan.
Yang cuba bg cpr kt adik dia awal2 tu.
Serius sedih tgk keadaan adik sendiri
Quote B40tastePosh 10-11-2024 10:45 AM
Sebab tu orang awam jangan bantu bagi bantuan...hanya paramedik je yang boleh bagi bantuan pada mangsa ekciden.
Quote NazRysha 10-11-2024 10:46 AM
Akalditipumata replied at 10-11-2024 10:35 AM
Tp bini dia xde ms kejadian kn? Tgh nk amik bini kn? Ke saya salah?

owh yeke
bukan dalam kereta masa tu ada bini dia ke?
ke saya salah?
Quote Akalditipumata 10-11-2024 11:08 AM
NazRysha replied at 10-11-2024 10:46 AM
owh yeke
bukan dalam kereta masa tu ada bini dia ke?
ke saya salah?

Ok gigih tgk balik video2.. Bini dia ade masa kejadian. Sbb wife dia sndiri ckp mntk maaf laki dia mmg baran.. tp baran laki ko dh ragut nyawa ank org.. plus arwah 40mnt mgeletis mcm ayam kne sembelih.. klau punca kejadian organ dlman cedera. mcm blh diambil kira.. tp klau tetibe punca sbb arwah sakit sekian2 xthu la nk ckp.. sek2 diorg akn cari jln utk spin cerita..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.147574 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top